MALAYSIA SOKONG RESOLUSI UNSC TUNTUT GENCATAN SENJATA, BANTUAN SEGERA KE GAZA
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menyatakan ketegasan dalam menyokong Resolusi 2728 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan menggesa agar resolusi yang diiktiraf mengikut undang-undang itu, dikuatkuasakan serta-merta.
Resolusi UNSC 2728 yang diluluskan semalam menuntut agar gencatan senjata segera bagi semua konflik di Gaza sepanjang Ramadan, pembebasan serta-merta semua tebusan, serta keperluan mendesak dan penting untuk memperluaskan aliran bantuan ke wilayah tersebut. – AFP
KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini menyatakan ketegasan dalam menyokong Resolusi 2728 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) dan menggesa agar resolusi yang diiktiraf mengikut undang-undang itu, dikuatkuasakan serta-merta.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata rakyat Gaza mesti dibebaskan daripada keseksaan dan penderitaan yang telah dialami mereka selama hampir enam bulan.
“Sempena Ramadan yang menimbulkan keinsafan, bulan bermunajat dan untuk meningkatkan amal serta kembali bersama-sama keluarga, resolusi yang diiktiraf mengikut undang-undang hari ini mesti dikuatkuasakan dengan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Resolusi UNSC 2728 yang diluluskan semalam menuntut agar gencatan senjata segera bagi semua konflik di Gaza sepanjang Ramadan, pembebasan serta-merta semua tebusan, serta keperluan mendesak dan penting untuk memperluaskan aliran bantuan ke wilayah tersebut.
Perdana Menteri berkata Amerika Syarikat khususnya harus memastikan sekutunya menghormati kehendak komuniti antarabangsa dan mengikutinya dengan mematuhi gencatan senjata serta membenarkan bantuan kecemasan dan kemanusiaan dibawa masuk ke Gaza secara besar-besaran dan segera.
Anwar berkata Malaysia juga memuji keberanian dan komitmen 10 negara anggota Majlis yang dipilih iaitu Algeria, Guyana, Ecuador, Jepun, Malta, Mozambique, Sierra Leone, Slovenia, Korea Selatan dan Switzerland atas keberanian dan komitmen mereka terhadap isu kemanusiaan.
“Malaysia kekal komited terhadap isu Palestin dan akan terus berusaha untuk mewujudkan Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqadis Timur sebagai ibu negerinya, serta Palestin diterima sebagai anggota penuh PBB,” katanya.
Israel melancarkan operasi ketenteraan di wilayah Palestin sejak 7 Okt 2023 dengan lebih 32,333 warga Palestin terbunuh dan lebih 74,694 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.
Perang Israel, yang kini memasuki hari ke-171, telah mendorong 85 peratus penduduk Gaza menjadi orang pelarian tatkala dalam suasana kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu telah rosak atau musnah, menurut PBB. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests