Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KUTIPAN ZAKAT FITRAH KADAR RM14, RM21 MENINGKAT DI MELAKA

DALAM NEGARA

KUTIPAN ZAKAT FITRAH KADAR RM14, RM21 MENINGKAT DI MELAKA

MELAKA: Bayaran zakat fitrah bagi kadar RM14 dan RM21 di Melaka menunjukkan trend meningkat iaitu kira-kira 10 hingga 15 peratus sehingga kini.

Gambar hiasan. – Bernama

MELAKA: Bayaran zakat fitrah bagi kadar RM14 dan RM21 di Melaka menunjukkan trend meningkat iaitu kira-kira 10 hingga 15 peratus sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Datuk Mohamad Azmi Sabtu berkata ia memperlihatkan kesedaran umat Islam di negeri itu dalam menunaikan rukun Islam keempat dengan membuat bayaran berdasarkan gred dan harga semasa beras yang digunakan.

“Kita lihat peningkatan bagi pembayaran kadar berkenaan juga berdasarkan pertambahan permintaan kupon zakat fitrah untuk RM14 dan RM21 dalam kalangan amil yang dilantik berbanding tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Tautan Kasih Ramadan anjuran Zakat Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata berdasarkan trend itu, pihaknya yakin sasaran kutipan zakat fitrah RM5.9 juta tahun ini dapat dicapai berbanding RM5.6 juta pada tahun lepas.

Sementara itu pada majlis berkenaan, 160 penerima terdiri daripada anak-anak fakir, miskin dan yatim dari sekolah di seluruh Melaka menerima set kelengkapan baju raya bersempena dengan Aidilfitri ini.

Seorang ibu tunggal dari Kampung Kuala Linggi, Khadijah Mohd Sani, 35, melahirkan rasa syukur apabila anak sulungnya Muhammad Aqil Halif, 7, terpilih menerima sumbangan berkenaan yang sedikit sebanyak meringankan bebannya yang meraih pendapatan kira-kira RM30 sehari dengan menjual kuih-muih.

“Sebelum ini, anak kerap bertanya bila saya dapat beli baju raya. Dengan bantuan hari ini, saya hanya perlu mengumpul wang untuk membelikan baju raya buat adiknya yang berusia lima tahun,” katanya. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading