Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CAWANGAN KK MART DILEMPAR MOLOTOV COCKTAIL, POLIS BURU SUSPEK

DALAM NEGARA

CAWANGAN KK MART DILEMPAR MOLOTOV COCKTAIL, POLIS BURU SUSPEK

BIDOR: Sebuah cawangan kedai serbaneka KK Mart di Bidor dilempar molotov cocktail pagi tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, semakan pada kamera litar tertutup (CCTV) kedai terbabit mendapati sebelum kejadian sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di tepi jalan. 

“Kereta tersebut berhenti di tepi jalan lebih kurang pukul 5.35 pagi.

“Kemudian seorang lelaki telah turun dari kereta tersebut dan membaling sesuatu dipercayai botol kaca berisi minyak tanah ke dalam kedai kemudian terus beredar dari tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Yusri berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada pekerja wanita kedai serbaneka terbabit memaklumkan mengenai kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian pekerja terbabit mendengar bunyi botol pecah di hadapan kedai.

“Pekerja terbabit terus ke bahagian hadapan kedai dan mendapati serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun berada di atas lantai kedai.

“Pada masa sama, pekerja terbabit turut terhidu bau seperti minyak tanah dipercayai daripada serpihan kaca tersebut,” katanya.

Ujar beliau, polis sedang giat mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Norseha Baharudin di talian 05-4011861 atau 017-7963359. — AlHijrah Onlline


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading