HANTARAN KOMUNIKASI PALSU: BEKAS GURU SWASTA MENGAKU TIDAK BERSALAH
Seorang bekas guru swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi palsu berhubung kes mengaibkan Perdana Menteri.
SHAH ALAM: Seorang bekas guru swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuat dan memulakan hantaran komunikasi palsu berhubung kes mengaibkan Perdana Menteri.
S. Chandrasegaran, 46, didakwa atas pertuduhan menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok dengan secara sedar, membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat untuk menganiaya orang lain pada 1.36 petang, 30 Dis 2024.
Hantaran tersebut kemudiannya telah dilihat dan didengar pada 6.30 petang, hari sama di sebuah restoran di Bandar Sunway, Petaling dekat sini.
Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.
Jika sabit kesalahan, denda sehingga RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya serta boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Nurul Sofea Jaysal mencadangkan jumlah ikat jamin sebanyak RM30,000 beserta syarat tambahan, iaitu perlu melaporkan diri setiap bulan di balai polis berdekatan, menyerahkan pasport kepada mahkamah serta larangan mengganggu saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.
Peguam Muhammad Nor Tamrin memohon jumlah ikat jamin pada kadar yang berpatutan, mengambil kira tertuduh kini tidak mempunyai pendapatan yang tetap selepas disahkan hilang upaya kekal dan mengidap kanser tekak.
“Dia juga perlu menyara seorang isteri dan dua anak serta tidak ada risiko untuk melarikan diri,” katanya.
Hakim Norazlin Othman membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin warga tempatan, serta membenarkan syarat tambahan yang dikemukakan pihak pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 13 Okt ini.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager