HARGA RON95, RON97, DIESEL KEKAL

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal tidak berubah bagi tempoh 27 Julai hingga 2 Ogos.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan harga RON97 pada RM3.37 seliter; RON95 RM2.05 seliter; dan diesel RM2.15 seliter.
“Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism.
“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” katanya hari ini.
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara, katanya.—AlHijrah Online