Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HATI-HATI PAUTAN PALSU MESEJ BERKAITAN BANTUAN SARA – MoF

DALAM NEGARA

HATI-HATI PAUTAN PALSU MESEJ BERKAITAN BANTUAN SARA – MoF

Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan mesej berkaitan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

PUTRAJAYA: Orang ramai diingatkan supaya berhati-hati dengan mesej berkaitan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan pautan yang terkandung dalam mesej bertajuk ‘Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 RM200’ itu adalah palsu.

“Berhati-hati dan jangan mudah terperdaya dengan mesej palsu seumpama ini di media sosial.

“Ikuti saluran rasmi Kementerian Kewangan dan pastikan pautan adalah sah dan betul,” menurut MoF melalui hantaran di laman media sosial. 

Sejak Januari hingga Mac tahun ini, bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan dikreditkan ke dalam MyKad penerima.

Bermula 1 April lepas, kadar bantuan ditingkatkan kepada RM200 sebulan untuk pembelian makanan, minuman, ubatan, barang persekolahan dan kebersihan diri di lebih 1,600 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading