KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat pejuang Hawk mengalami masalah ‘nose landing gear’ semasa melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah, petang tadi.
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dalam kenyataannya mengesahkan kejadian tersebut berlaku pada jam 5 petang tadi.
“Pesawat tersebut terlibat dalam menjalani latihan ‘Opening Gambit’ untuk acara pembukaan Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).
“Bagaimanapun juruterbang pesawat berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dengan lebih terperinci.—AlHijrah Online