Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘HAYYA BIL KAFA’ KELAS AGAMA UNTUK KANAK-KANAK

DALAM NEGARA

‘HAYYA BIL KAFA’ KELAS AGAMA UNTUK KANAK-KANAK

KUALA LUMPUR: Masa lapang kanak-kanak terutama ketika musim cuti sekolah boleh digunakan untuk perkara-perkara bermanfaat seperti mempelajari ilmu agama.

Atas perkara itu, TV AlHijrah kembali memperkenalkan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di kaca televisyen dengan konsep yang lebih santai dan menarik untuk generasi muda.

Hayya Bil KAFA yang akan mula bersiaran di saluran TV AlHijrah pada 17 Disember ini, akan mendidik kanak-kanak mempelajari ilmu agama melalui silibus KAFA dan menekankan pembelajaran Al-Quran dan fardu ain yang sangat penting untuk pengetahuan asas pendidikan Islam.

Ia akan disiarkan setiap Sabtu dan Ahad pada jam 1.30 petang serta boleh turut ditonton di aplikasi AlHijrah Plus bermula 10 Disember 2022.

“Hayya Bil Kafa sebuah program yang istimewa kita bawakan untuk anak-anak sebagai persediaan mengisi masa lapang sepanjang cuti sekolah ini.

“Kita tampilkan barisan pendidik muda untuk memberi nafas baharu bagi pembelajaran adik-adik di rumah,” kata Penerbit Hayya Bil Kafa, Siti Hajar Nurul Ain.

Rancangan tersebut akan dihoskan oleh Ustaz Muhammad Hadif Mohamad Rosdi dan Ustazah Aisyah Baa’in.

Kedua-dua mereka akan mewarnai program tersebut dalam sesi pembelajaran dan ulang kaji serta soal jawab bersama para pelajar di dalam studio.

TV AlHijrah berharap ibu bapa dan penjaga dapat mengajak anak-anak untuk bersama-sama mengulangkaji pelajaran melalui Hayya Bil KAFA dan ia diharap dapat membantu mereka menempuh sesi pembelajaran tahun hadapan dengan jayanya. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading