Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HELIKOPTER BAWA PRESIDEN EBRAHIM RAISI DI BARAT LAUT IRAN DILAPORKAN TERHEMPAS

DUNIA

HELIKOPTER BAWA PRESIDEN EBRAHIM RAISI DI BARAT LAUT IRAN DILAPORKAN TERHEMPAS

Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas.

Presiden Ebrahim Raisi

TEHRAN: Sebuah helikopter membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan pegawai kanan di barat laut Iran dilaporkan terhempas tetapi tiada maklumat diperoleh setakat ini mengenai kecederaan atau kerosakan, menurut Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Presiden Raisi sedang dalam penerbangan pulang daripada satu majlis untuk merasmikan sebuah empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan apabila helikopter dinaikinya itu terhempas ketika hendak mendarat di Wilayah Varzaqan pada Ahad, katanya. 

Menteri Luar  Hossein Amirabdollahian, Gabenor Wilayah Azerbaijan Timur  Malek Rahmati, Imam Solat Jumaat Bandar Tabriz Hojjatoleslam Al Hashem dan beberapa individu yang lain berada di dalam helikopter itu, lapornya.

Koresponden IRNA berkata pasukan bantuan dan penyelamat telah dihantar ke kawasan terbabit dan operasi mencari masih berjalan.

Cuaca berkabus dan kawasan itu yang sukar dilalui menjadikan usaha mencari dan menyelamat menjadi sukar. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading