MALAYSIA SEDIA BANTU UZBEKISTAN JADI PUSAT PENGAJIAN BERKAITAN HADIS
Beliau berkata Uzbekistan merupakan antara negara di rantau Asia Tengah yang mempunyai potensi tinggi dan mempunyai sejarah istimewa kerana di sinilah terletaknya pusat pembangunan berkaitan ahli hadis seperti Imam Bukhari, Imam Tirmidzi dan beberapa ulama besar lain yang tentunya akan menarik minat umat Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat kitab-kitab hadis Imam Bukhari yang dihasilkan seawal abad ke-14, semasa menziarah makam Imam Bukhari di Kompleks Imam al-Bukhari pada Sabtu. –fotoBERNAMA
SAMARKAND: Malaysia sedia membantu Uzbekistan dalam usaha negara itu menjadi pusat pengajian berkaitan agama Islam, terutama yang melibatkan hadis, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata Uzbekistan merupakan antara negara di rantau Asia Tengah yang mempunyai potensi tinggi dan mempunyai sejarah istimewa kerana di sinilah terletaknya pusat pembangunan berkaitan ahli hadis seperti Imam Bukhari, Imam Tirmidzi dan beberapa ulama besar lain yang tentunya akan menarik minat umat Islam.
“Bila Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev mahu menjadikan (Uzbekistan) sebagai pusat ilmu pengajian hadis dan latihan….tentunya ia akan mengundang kepakaran kita.
“…sebab itu saya minta Menteri Agama (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar) dan Ketua Pengarah JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) supaya melihat bagaimana boleh kita manfaatkan kekuatan mereka dan di samping itu dapat juga lihat (bagaimana) mereka boleh menimba pengalaman dari Malaysia,” katanya kepada media Malaysia di akhir lawatan beliau di Uzbekistan di sini hari ini.
Dalam kunjungan beliau ke beberapa tempat berkaitan sejarah Islam di negara ini termasuk kunjungan ke Makam Imam Bukhari (Imam Bukhari Mausoleum), Anwar berkata beliau dapat melihat sumbangan negara itu yang sangat gemilang dalam pengajian hadis.
Beliau berkata ia memberikan gambaran kesungguhan mengenai Kerajaan Uzbekistan sekarang, yang setelah sekian lama negara itu dikuasai pemimpin seperti Raja Tsar Rusia dan kemudian rejim komunis Soviet Union.
“Setelah sekian lama, mereka kini bebas dan kembali untuk mengikat sejarah gemilang sejarah mereka sendiri,” katanya.
Uzbekistan merupakan sebahagian daripada Soviet Union sejak 1924 sebelum mengisytiharkan kemerdekaannya pada 31 Ogos 1991.
Perdana Menteri berkata Uzbekistan juga mempunyai pendirian yang sama dalam soal keamanan dan pelbagai isu membabitkan umat Islam.
“(Malaysia dan Uzbekistan juga) bincang soal Afghanistan, bincang soal Gaza. Pendekatan mereka sama dan mereka menyokong kuat pendirian Malaysia menyuarakan hasrat bukan saja untuk umat Islam, tapi juga soal kedamaian dan keadilan,” katanya.
Uzbekistan adalah persinggahan terakhir bagi lawatan rasmi Anwar ke tiga negara Asia Tengah. Sebelum ini Perdana Menteri telah melawat Kyrgyzstan dan Kazakhstan.
Anwar tiba di Tashkent pada Jumaat untuk lawatan tiga hari di Uzbekistan, dan pada hari pertama lawatan di ibu kota Uzbekistan itu, Anwar yang tiba dari Kazakhstan telah melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev.
Pada hari kedua, beliau dan delegasi melawat Kompleks Imam Hazrati di Tashkent, yang menyimpan manuskrip asal Al-Quran Khalifah Uthman (Mashaf Uthmani), yang tertua di dunia.
Kompleks Imam Hazrati merupakan pusat keagamaan Tashkent yang menempatkan beberapa masjid yang telah dipulihara dengan baik, muzium madrasah dan tempat-tempat ziarah lain. Ia adalah monumen seni bina sejak abad ke-16 hingga ke-20 dan kompleks ini mempunyai perpustakaan manuskrip timur yang sangat kaya.
Pada hari kedua juga beliau ke Samarkand, kira-kira 300 kilometer dari Tashkent, dan melawat Kompleks Imam Bukhari yang didirikan di sekeliling Makam Imam Bukhari, sebelum menziarahi Kompleks Laluan Sutera Samarkand yang antara lain menempatkan Kota Abadi, kawasan yang dibina mengikut seni bina kota purba.
Anwar dan delegasi Malaysia turut dibawa ke Kompleks Shah-i-Zinda yang antara lain menempatkan makam Kusam ibn Abbas, sepupu Nabi Muhammad SAW yang juga antara pendakwah terawal membawa ajaran Islam ke Uzbekistan.
Beliau turut menziarah Makam Amir Temur, pemerintah agung Empayar Timurid yang mencetus pembaharuan kearah pembinaan negara kukuh serta berpusat, dan mengangkat ilmu pengetahuan serta kebudayaan.
Perdana Menteri kemudiannya ke Registan Square yang menempatkan Ulugbek Madrasah, antara masjid terkemuka dunia dan pernah menjadi pusat pengajian saintifik terbesar di Samarkand.
Sebelum mengakhiri lawatan beliau di negara ini Ahad, Perdana Menteri berlepas ke Bukhara dan melawat Naqshbandi Sufi Complex, melihat antaranya makam Baha-ud-Din Naqshband Bukhari, pengasas tarekat Naqshbandi yang meninggal dunia 1389.
Beliau kemudiannya melawat The Ark of Bukhara, kota besar yang asalnya dibina dan diduduki sekitar abad ke-5 Masihi, dan Kalon Minaret Complex. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked