MALAYSIA LAKAR SEJARAH JADI ANTARA NEGARA TERAWAL EDAR KAD HAJI NUSUK
Malaysia sekali lagi melakar sejarah dalam soal pengurusan haji apabila menjadi antara negara terawal mengedarkan Kad Haji Nusuk yang berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri kepada jemaah haji musim 1445H/2024 bermula semalam.
Ketua Rombongan Haji 1445H/2024 Datuk Seri Syed Salleh Syed Abdul Rahman (tengah) ketika Majlis Taaruf atau ramah mesra antara barisan kepimpinan Syarikat Mashariq dengan pengurusan Rombongan Haji Malaysia sebagai tanda mahabbah kedua-dua pihak dalam menyantuni jemaah haji musim ini. –fotoBERNAMA
MAKKAH: Malaysia sekali lagi melakar sejarah dalam soal pengurusan haji apabila menjadi antara negara terawal mengedarkan Kad Haji Nusuk yang berfungsi sebagai dokumen rasmi pengenalan diri kepada jemaah haji musim 1445H/2024 bermula semalam.
Ketua Rombangan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata kad inovatif yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam format digital dan fizikal itu, mengandungi pelbagai maklumat komprehensif berkenaan data peribadi jemaah haji yang datang menunaikan rukun Islam kelima itu seperti maklumat penempatan jemaah haji, visa dan pasport.
Perkara itu membolehkan jemaah haji dikenal pasti secara mudah khususnya oleh pihak berkuasa Arab Saudi, selain bertujuan meningkatkan keselamatan dan memudahkan pergerakan jemaah haji semasa berada di Tanah Suci.
“Malaysia merupakan antara yang paling awal menyerahkan kad nusuk ini kepada para jemaah haji tahun ini. Ia sekali lagi menunjukkan kesungguhan kita dan keakraban kerjasama antara Lembaga Tabung Haji (TH), pihak Masyariq dan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
“Jemaah haji Malaysia diingatkan untuk sentiasa membawa kad nusuk ini bersama-sama mereka dan menjaga kad ini dengan baik kerana ia merupakan sebahagian daripada peraturan yang telah ditetapkan oleh Arab Saudi bagi jemaah haji tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kad Haji Nusuk kepada 20 jemaah haji yang menjadi kumpulan pertama menerima kad itu di Ibu Pejabat TH Hotel Abraj Al Janadriyah semalam dengan turut dihadiri oleh wakil pengurusan Masyariq yang bertanggungjawab menyediakan kemudahan serta perkhidmatan asas untuk jemaah haji Malaysia.
Syed Saleh turut menekankan kad itu wajib dibawa sepanjang berada di Makkah dan Madinah kerana ia juga akan menjadi permit untuk memudahkan pergerakan mereka semasa berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.
“Saya mengharapkan semua jemaah dapat menjaga kad pengenalan diri yang diberikan oleh TH sebelum ini dan Kad Haji Nusuk ini dengan baik kerana selepas ini kerajaan Arab Saudi akan mengetatkan laluan pergerakan orang ramai untuk masuk ke tempat bagi melaksanakan haji seperti Masjidil Haram, Masjid Nabawi, di Arafah, Muzdalifah dan di Mina,” katanya.
Beliau berkata langkah itu diambil oleh kerajaan Arab Saudi bagi memastikan hanya jemaah yang ada visa sah akan melakukan ibadah haji pada tahun ini berikutan tindakan segelintir pihak yang cuba menunaikan ibadah haji tanpa menggunakan visa haji yang sah.
“Jadi jangan leka, simpan dengan baik kad yang diberikan kerana di luar sana mereka yang tidak mempunyai kad ini, hanya menunggu sahaja kita leka untuk mengambil kad ini … ia bukan sahaja menjadi pasport kita, tetapi juga permit untuk buat haji,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Delegasi Malaysia ke Global Sumud Parliamentary Congress di Brussels, Belgium membawa mandat untuk meningkatkan tekanan politik antarabangsa terhadap Israel...
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked