Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

POLIS TAHAN LELAKI CEROBOH BALAI DAN CUBA RAMPAS SENJATA API

DALAM NEGARA

POLIS TAHAN LELAKI CEROBOH BALAI DAN CUBA RAMPAS SENJATA API

Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun selepas disyaki menceroboh Balai Polis Dato’ Keramat di sini dan cuba merampas senjata api milik anggota sentri dalam kejadian awal pagi tadi.

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun selepas disyaki menceroboh Balai Polis Dato’ Keramat di sini dan cuba merampas senjata api milik anggota sentri dalam kejadian awal pagi tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata suspek yang berada di bawah pengaruh alkohol itu datang ke balai berkenaan pada kira-kira 4 pagi dan menyuruh anggota bertugas membuka pintu pagar sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

“Anggota itu memberi amaran dan menasihati suspek untuk beredar meninggalkan kawasan balai namun suspek tidak menghiraukan nasihat serta amaran yang diberikan.

“Sebaliknya, suspek terus menghampiri anggota bertugas dan cuba merampas senjata jenis HK MP5 daripada anggota berkenaan tetapi berjaya dihalang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata suspek kemudian cuba menyerang anggota terbabit dengan topi keledar sehingga berlaku pergelutan sebelum suspek ditahan.

Suspek didapati mempunyai empat rekod lampau iaitu dua kes berkaitan jenayah dan dua lagi melibatkan dadah manakala hasil ujian air kencing negatif dadah.

Beliau berkata suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 506 kanun sama serta Sekysen 90 Akta Polis 1967. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading