Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PDRM DEDAH LAKARAN WAJAH SUSPEK SIMBAH ASID MUHAMMAD FAISAL HALIM

DALAM NEGARA

PDRM DEDAH LAKARAN WAJAH SUSPEK SIMBAH ASID MUHAMMAD FAISAL HALIM

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek yang terlibat dalam kes yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei itu, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, berusia lingkungan 30 tahun, bertubuh sederhana dan berkulit sawo matang.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia malam tadi mengeluarkan lakaran wajah, suspek yang dipercayai terlibat dalam kes menyimbah asid kepada pemain bola sepak pasukan Selangor FC Muhammad Faisal Abdul Halim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata suspek yang terlibat dalam kes yang berlaku di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya pada 5 Mei itu, mempunyai ketinggian 165 sentimeter, berusia lingkungan 30 tahun, bertubuh sederhana dan berkulit sawo matang.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat individu berwajah seperti lakaran tersebut, diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Ins M. Jagachandran, di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Pada 5 Mei, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat, selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali menyebabkan kecederaan pada badannya.

Beliau dikatakan diserang ketika berada di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, Petaling Jaya, kira-kira 5 petang.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading