TRAGEDI KREN TUMBANG, KEKAL TERPAHAT DALAM INGATAN
“Semasa hendak masuk ke dalam masjid itulah tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan jemaah dari negara lain kelihatan panik meluru keluar dengan ada beberapa orang daripadanya cedera.”
Tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada petang 11 Sept 2015.
MAKKAH: Tragedi kren tumbang di Masjidil Haram pada petang 11 Sept 2015, yang mengorbankan tujuh jemaah Malaysia dan mencederakan dua lagi yang lain, sehingga kini masih terpahat dalam ingatan Ketua Unit Pasukan Peronda Lembaga Tabung Haji (TH) Insp Mohamed Amer Jawahil.
Bagi anak jati Johor itu, insiden ketika jemaah sedang bersiap hendak solat Asar dI Masjidil Haram itu benar-benar menguji kemampuannya untuk berfikir dan bertindak cepat sebagai ketua pasukan ‘penyelamat’ kepada jemaah.
“Saya masih ingat semasa itu saya bertugas di tingkat dua Masjidil Haram. Semasa hendak masuk menunaikan solat Asar, dari jauh di arah bukit memang dah nampak awan gelap sebelum diikuti ribut pasir yang berterbangan masuk ke dalam masjid.
“Ia kemudian diikuti dengan hujan lebat dan angin kuat menyebabkan saya cepat-cepat berusaha untuk masuk ke dalam Masjidil Haram.
“Semasa hendak masuk ke dalam masjid itulah tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan jemaah dari negara lain kelihatan panik meluru keluar dengan ada beberapa orang daripadanya cedera,” katanya mengimbau kenangan.
Bercakap kepada petugas media ketika ditemui di Ibu Pejabat TH di sini, semalam, dalam insiden itulah sistem penyampaian maklumat dengan unit lain seperti Bahagian Perubatan dan Bahagian Khidmat Pelanggan di Ibu Pejabat TH teruji ketika melaporkan perkembangan terkini yang berlaku di tempat kejadian.
Susulan peristiwa itu, pihak TH memperkemaskan lagi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aspek keselamatan jemaah semasa di Tanah Suci selain Pasukan Unit Peronda TH selepas itu turut dilengkapkan dengan kemahiran menyelamat.
Kejadian kren tumbang yang berlaku pada September 2015 itu mengorbankan lebih 100 jemaah dan mencederakan lebih 230 lagi pada musim haji 1436H/2015.
Sementara itu, biarpun terpaksa berhadapan cuaca panas yang kini mencecah sehingga lebih 50 darjah Celsius, Pasukan Unit Peronda TH cekal melakukan rondaan 24 jam tanpa henti di lapan lokasi tumpuan antaranya Pintu Marwa, Pintu Babussalam dan Pintu King Fahd.
Seramai 18 anggota melakukan rondaan mengikut giliran bagi membantu jemaah haji yang tersasar atau sesat mencari jalan di Masjidil Haram atau jalan pulang ke maktab penginapan, selain membantu mereka yang mempunyai masalah kesihatan.
Beliau yang telah berkhidmat dengan TH selama 35 tahun berkata antara cabaran yang perlu dilalui adalah anggota perlu berjalan kaki lebih tujuh kilometer setiap kali bertugas selain perlu berdiri dalam tempoh yang lama.
Bagaimanapun, katanya sebelum bergerak ke Tanah Suci, pasukan itu sudah diterapkan dengan persediaan mental dan fizikal kerana sememangnya tugas mereka amat berat dan memerlukan pengorbanan yang tinggi.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked