Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA MANGSA TERSELAMAT DALAM NAHAS HELIKOPTER RAISI: BULAN SABIT MERAH IRAN

DUNIA

TIADA MANGSA TERSELAMAT DALAM NAHAS HELIKOPTER RAISI: BULAN SABIT MERAH IRAN

Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) Pir-Hossein Kolivand menyatakan bahawa tiada mangsa selamat ditemukan di lokasi helikopter terhempas di barat laut Iran yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi.

TEHRAN: Presiden Persatuan Bulan Sabit Merah Iran (IRCS) Pir-Hossein Kolivand menyatakan bahawa tiada mangsa selamat ditemukan di lokasi helikopter terhempas di barat laut Iran yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi.

“Tiada kesan mangsa terselamat dilihat selepas penemuan lokasi helikopter yang terhempas,” kata Agensi Berita Republik Islam (IRNA) memetik Kolivand pada awal Isnin dalam temu bual dengan agensi berita Tasnim.

Kolivand mendedahkan pada awal pada hari itu bahawa lokasi kemalangan yang melibatkan Presiden Raisi dan pegawai kanan yang menemaninya telah ditemukan selepas berjam-jam pencarian meluas di kawasan pergunungan di wilayah Azerbaijan Timur.

Helikopter Raisi terhempas pada petang Ahad di kawasan Varzaqan ketika beliau dalam penerbangan pulang bersama Menteri Luar Hossein Amirabdollahian dan beberapa individu lain daripada upacara perasmian empangan di sempadan Iran dan Azerbaijan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading