Dengan ujian akan mampu memperbaiki ‘kekurangan’ dalam mahligai rumah tangga yang terbina dengan matlamat dan niat perkahwinan itu juga adalah satu bentuk ibadah yang mendekatkan diri manusia dengan yang Maha Esa.
Artikel ini merupakan ringkasan segmen Assalamualaikum An-Nisa yang disiarkan di TV AlHijrah setiap Sabtu, Ahad dan Isnin.
Oleh: Ustazah Muzayyanah Abdullah dan Ainn Ramlee
Sekejap bergolak, sekejap tenang, rumah tangga mana yang tidak pernah dilanda badai, semua keluarga ada ujian yang berbeza.
Cara mengatasi setiap masalah yang membuatkan perkahwinan itu kekal bahagia di atas landasan yang diredai Allah SWT.
Saat rumah tangga di hempas badai, apakah yang perlu dilakukan untuk memulihkan keadaan? Memahami ayat Al-Quran dalam Surah Hud, Ayat 118 & 119:
“Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.” (Surah Hud: Ayat 118)
“Tetapi orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanmu, (mereka bersatu di dalam agama Allah)); dan untuk (perselisihan dan rahmat) itulah Allah menjadikan manusia. Dan dengan yang demikian sempurnalah janji Tuhanmu”: “Sesungguhnya Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan sekalian jin dan manusia (yang berdosa)”. (Surah Hud: Ayat 119)
Al-Quran itu diturunkan semestinya atas tujuan sesuatu perkara untuk dijadikan panduan umat manusia.
Kenapa Allah SWT menciptakan syurga dan juga neraka? Mengapa Allah SWT tidak menjadikan semua manusia ini beriman dan baik belaka?
Terciptanya syurga dan neraka ini adalah untuk membuktikan keadilan dari Allah SWT.
Diberi ujian kepada manusia, untuk melihat yang mana baik dan yang mana buruk, dan diberi juga kebebasan bagi manusia untuk memilih di antara kedua-duanya.
SAAT ‘BADAI MENGHEMPAS’ RUMAH TANGGA
Sekejap bahagia, sekejap bergolak & ada juga yang putus di tengah jalan.
Allah SWT menciptakan manusia ini dengan rahmat kasih sayang berserta ujian, dan memuliakan perbezaan pendapat di antara manusia terutama buat pasangan yang berumah tangga.
Mencapai kata sepakat dalam rumah tangga secara zahirnya adalah satu yang mustahil.
Tetapi, dengan ujian akan mampu memperbaiki ‘kekurangan’ dalam mahligai rumah tangga yang terbina dengan matlamat dan niat perkahwinan itu juga adalah satu bentuk ibadah yang mendekatkan diri manusia dengan yang Maha Esa.
Dalam sudut pandang Islam, perkahwinan merupakan perintah Allah SWT dan tujuan berkahwin itu adalah untuk menyatukan.
MEDIA SOSIAL MEDIUM BERKONGSI RASA
Pada zaman era masa kini, media sosial telah menjadi medium setiap individu berkongsi rasa bersama para warga alam maya.
Tanpa sedar atau dengan sedar semakin ghairah bercerita atau membuka aib kepada masyarakat umum, malah meminta pandangan dalam soal rumah tangga. Seolah-olah pengguna media sosial itu akan menentukan jawapan pada setiap masalah rumah tangga.
Islam melarang kita untuk bercerita atau membuka aib terutama dalam soal rumah tangga yang sedang dilanda badai.
Undang-undang tidak pernah menyingkirkan kita. Oleh itu, janganlah mengingkari udang-undang dengan membongkarkan rahsia rumah tangga atau permasalahan yang dialami itu dengan berkongsi isu tersebut di platform media.
UJIAN ‘ORANG KETIGA’
Ada yang Allah SWT datangkan ujian selepas 10 ke 20 tahun perkahwinan, ‘masjid’ yang dibina berpuluh tahun bersama musnah dek kerana konflik yang berlaku.
Trend ‘orang ketiga’ dalam konflik rumahtangga ini juga menjadi bualan hangat.
Ada sebahagian mereka yang menjadi ‘bara’ dalam menyebarkan dan komen mengenai isu ini dengan penulisan yang kurang tepat serta menokok tambah cerita. Akhirnya membuatkan situasi semakin tegang tanpa jalan penyelesaian yang baik.
Cara terbaik hadapi badai konflik orang ketiga, pasangan curang atau berpoligami ini adalah bukan dengan berkongsi di platform tertentu, tetapi kembalilah kepada jalan yang direstui dah diredai Allah SWT.
Temukanlah kedua belah keluarga, berbincang, mencari kata sepakat dan sokongan agar ianya membawa kepada jawapan rasional dalam rumahtangga.
Tiada yang kekal di dunia, jangan merasa “mutlak” memiliki seseorang dengan hanya tertulis di atas kertas. Orang yang beriman akan memahami pasangan yang kita miliki itu termasuklah dengan kasih sayang daripadanya tidak kekal selamanya. Yakinlah segalanya hanyalah pinjaman semata daripada Allah SWT.
Tidak dapat dinafikan, konflik rumah tangga juga berlaku dek kerana ego untuk tidak mengakui kesilapan diri sehingga memakan diri.
BERDAMAI DENGAN TAKDIR
Dalam perihal ini, jika kesilapan itu datangnya dari sang suami, mengakuilah. Janganlah meletakkan ego terlalu tinggi, membuatkan hati si isteri terluka sehingga tertutup, tiada ruang lagi di hatinya.
Bertaubatlah kepada Allah SWT dan berdoalah agar perkahwinan terbina awalnya atas rasa cinta dan kasih sayang itu kembali bahagia.
Berdamailah dengan takdir dan teruskan berdoa, sesuatu yang terjadi pastinya Allah SWT jadikannya dengan bersebab, luka hari ini akan membahagiakan di Syurga kelak.
KUNCI KEKUATAN SEORANG WANITA
Antara kunci kekuatan seorang wanita adalah dengan mempelajari dan mentaddabur Al-Quran, fahami isi Al-Quran barulah kita sedari dalam ayat-ayat suci itu Allah SWT mahu kita jadikan panduan hidup sepanjang zaman.
Dalam siaran Assalamualaikum An-Nisa juga, Ustazah Muzayyanah telah mengakronimkan perkataan BADAI untuk dijadikan kesimpulan.
B – Bersiap sedia, semuanya bukan milik kita
A – Allah SWT yang berkehendak, tiada yang sia-sia
D – Dia itu hantaran Allah SWT kepada kita
A – Agama sebagai panduan, hidup berdasarkan saranan agama
I – Imam diperkukuh, inilah tujuan ujian badai diturunkan
Kita sangkakan rumah tangga itu dilanda badai kerana suami diambil oleh orang lain, namun adakah kita sedar satu hari nanti juga, diri sendiri, si suami atau sesiapa sahaja ahli keluarga juga akan diambil oleh Allah SWT untuk selamanya.
Semoga bertemu kelak di syurga.
Wahai Wanita, jangan tinggalkan majlis ilmu dan terlampau cinta atau fokus kepada cinta si makhluk.–AlHijrah Online
Penulis Ustazah Muzayyanah Abdullah merupakan pendakwah manakala Ainn Ramlee adalah penolong penerbit program Assalamualaikum An-Nisa.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked