Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

GEMPA BUMI: REMAJA PEREMPUAN MASIH HIDUP SELEPAS TERPERANGKAP 10 HARI

DUNIA

GEMPA BUMI: REMAJA PEREMPUAN MASIH HIDUP SELEPAS TERPERANGKAP 10 HARI

Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat selepas terperangkap di bawah runtuhan selama hampir 248 jam dalam kejadian gempa bumi di Turkiye.

MOSCOW: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya dikeluarkan pasukan penyelamat selepas terperangkap di bawah runtuhan selama hampir 248 jam dalam kejadian gempa bumi di Turkiye.

Aleyna Olmaz diselamatkan pada Khamis di daerah Dulkadiroglu wilayah Kahramanmaras dan dibawa ke hospital.

Gambar yang dirakamkan di lokasi kejadian menunjukkan remaja itu dalam keadaan sedar.

Setakat yang dilaporkan media antarabangsa, gempa bumi yang melanda di Turkiye telah meragut 36,187 nyawa.

Harapan semakin tipis untuk menemukan lebih ramai mangsa yang terselamat dalam gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Februari itu.

Berpuluh-puluh negara telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan yang terjejas untuk membantu mempercepat usaha menyelamat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading