GEMPA BUMI: WANITA WARGA EMAS DITEMUI MASIH BERNYAWA SELEPAS 212 JAM TERTIMBUS

GAZIANTEP: Seorang wanita warga emas berusia 77 tahun ditemui masih hidup selepas 212 jam tertimbus di bawah runtuhan bangunan di Adiyaman, Turkiye.
Fatma Gungor ditemui pasukan menyelamat pada hari kesembilan operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan gempa bumi yang melanda di negara itu.
Penemuan Fatma dianggap satu keajaiban ketika operasi SAR berdepan detik sukar dan harapan untuk menemui mangsa hidup amat tipis.
Fatma kemudian dihantar ke hospital selepas dibawa keluar daripada runtuhan.
Setakat yang dilaporkan, angka kematian telah melepasi 40,000 nyawa, operasi SAR yang mencabar berhasil apabila turut menemukan lebih ramai mangsa gempa bumi yang masih hidup.
Sebelum ini pakar menjangkakan jarang untuk menemukan mangsa masih hidup selepas hari kelima hingga ketujuh, bagaimanapun ia bergantung kepada tahap kecederaan serta akses kepada udara dan faktor cuaca.—AlHijrah Online