Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HINA RAJA PERMAISURI AGONG, FAHMI REZA DITAHAN POLIS

DALAM NEGARA

HINA RAJA PERMAISURI AGONG, FAHMI REZA DITAHAN POLIS

Fahmi Reza.

KUALA LUMPUR: Aktivis dan pereka grafik bebas, Fahmi Reza, ditahan polis pada malam tadi, bagi membantu siasatan kes menghina Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan tangkapan tersebut dalam satu kenyataan lewat malam Jumaat.

“Pada 23 April 2021, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menahan Mohd Fahmi Reza bin Mohd Zarin (pemilik akaun Facebook Fahmi Reza) di Kuala Lumpur.

“Suspek akan dibawa ke hadapan Majistret pada 24 April 2021 untuk tujuan permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan lanjut,” katanya.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), bahagian D5, JSJ, Bukit Aman di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan penahanan Fahmi, lapor Utusan Malaysia.

Menurut Zainal, siasatan akan dijalankan pasukan dari Bukit Aman.

Sebelum ini, Fahmi telah memuat naik gambar wajah Raja Permaisuri Agong dengan kapsyen bertulis “Dengki ke” dalam akaun Facebook miliknya.

Sementara itu peguam Fahmi, Yohendra Nadarajan, mendakwa tangkapan dibuat kira-kira jam 7 malam sebelum dia dibawa ke IPD Dang Wangi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading