HUBUNGAN DUA HALA MALAYSIA-INDONESIA DITAHAP MEMBANGGAKAN – ANWAR
Anwar berkata keadaan yang terhasil melalui hubungan akrab umpama satu keluarga antara beliau dan Presiden Indonesia Joko Widodo serta pegawai-pegawai kerajaan telah menyaksikan beberapa isu berlarutan sekian lama berjaya diselesaikan, antaranya isu sempadan maritim dua negara di Laut Sulawesi.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan Presiden Indonesia Joko Widodo selepas sidang media bersama di Kompleks Seri Perdana, hari ini. Joko Widodo dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula semalam. — fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Hubungan dua hala Malaysia-Indonesia kini berada ditahap yang sangat membanggakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata keadaan yang terhasil melalui hubungan akrab umpama satu keluarga antara beliau dan Presiden Indonesia Joko Widodo serta pegawai-pegawai kerajaan telah menyaksikan beberapa isu berlarutan sekian lama berjaya diselesaikan, antaranya isu sempadan maritim dua negara di Laut Sulawesi.
“Peningkatan kerjasama dan persefahaman dalam masa yang singkat dengan Indonesia ini adalah luar biasa dan pastinya akan memberi banyak faedah dan manfaat buat rakyat dan negara.
“Hubungan sangat akrab ini memudahkan kita dalam banyak urusan… saya serta Presiden (Jokowi) amat berbangga kerana melaluinya kita dapat selesaikan satu isu yang telah kita runding selama berpuluh tahun,” kata beliau pada sidang media bersama Joko Widodo selepas sesi pertemuan empat mata di Kompleks Seri Perdana di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata enam instrumen dua hala berkaitan ekonomi, perdagangan, sempadan dan maritim yang ditandatangani hari ini membuktikan perkara yang sukar diputuskan sebelum ini boleh diselesaikan melalui hubungan ‘kekeluargaan’ antara kedua-dua negara.
“Kalau kita teliti beberapa perjanjian hari ini termasuk bidang kerjasama antara PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan Polis Indonesia serta antara Menteri Pertahanan kedua-dua negara yang tidak tercatat dalam senarai perjanjian persefahaman, Presiden (Jokowi) beritahu saya ada antaranya telah dirunding berpuluh tahun tetapi tidak mampu diselesaikan,” kata beliau.
Enam instrumen tersebut ialah Perjanjian Lintas Sempadan Antara Malaysia dan Indonesia, Perjanjian Berkaitan Persempadanan Laut Wilayah Kedua-dua Negara di Bahagian Paling Selatan Selat Melaka; Persempadanan Laut Wilayah Dua Negara di Laut Sulawesi; Perjanjian Perdagangan Sempadan; Kerjasama Promosi Pelaburan dan Pengiktirafan Bersama Pensijilan Halal Bagi Produk Domestik.
Selain itu, Anwar memberi jaminan kerjasama dalam menangani isu jerebu rentas sempadan dan peningkatan kerjasama dalam bidang kebudayaan, pendidikan, kegiatan dakwah yang sederhana serta pemahaman Islam juga akan diteruskan.
Sementara itu, Joko Widodo menyifatkan lawatan rasmi beliau sebagai berjaya dan menyambut baik penyelesaian yang dicapai kedua-dua negara berhubung sempadan laut di Laut Sulawesi Selat Melaka yang mana rundingan mengenainya telah berjalan sejak 18 tahun lepas.
Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi juga berharap rundingan mengenai isu sempadan darat dan laut serta berkaitan pekerja migran Indonesia di Malaysia turut dapat diselesaikan melalui hubungan kekeluargaan serta kerjasama baik Perdana Menteri dan juga menteri berkaitan.
“Alhamdulillah, isu yang dirunding sejak 18 tahun berjaya kita selesaikan hari ini. Saya harap isu-isu lain yang disebut juga boleh diselesaikan segera dengan harapan Perdana Menteri masih Anwar dan di Indonesia presidennya masih Jokowi,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked