JADIKAN TRAGEDI MH370 BAHAN LAWAK TINDAKAN BIADAP, TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN – LOKE
Loke berkata susulan isu yang turut mendapat reaksi negatif oleh pelbagai pihak, beliau juga telah menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran.
SHAH ALAM: Menteri Pengangkutan Anthony Loke menganggap tindakan komediri Jocelyn Chia yang menggunakan tragedi kehilangan pesawat Malaysia, MH370 sebagai satu bahan jenaka adalah sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.
“Apa yang dinyatakan pelawak itu adalah satu kenyataan yang biadap, kurang ajar dan tidak berperikemanusiaan kerana menggunakan tragedi itu sebagai bahan lawak. Tragedi itu membabitkan lebih 200 nyawa dan tiada manusia lain yang akan melakukan perkara sebegitu,” katanya.
Loke berkata susulan isu yang turut mendapat reaksi negatif oleh pelbagai pihak, beliau juga telah menghantar mesej kepada rakan sejawatannya dari Singapura S. Iswaran.
“Beliau juga menyatakan rasa terkejut dan saya lihat pihak Singapura telah mengambil langkah segera untuk memastikan perkara itu tidak dijadikan sebagai isu yang boleh dipolemikkan oleh mana-mana pihak yang boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara,” katanya kepada media di sini hari ini.
Loke berkata demikian susulan kontroversi jenaka memperlekehkan Malaysia yang dibuat oleh Chia termasuk mengenai tragedi Malaysia MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014 dan membandingkan kemajuan antara Malaysia dan Singapura.
Malah katanya Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon juga dengan segera mengeluarkan kenyataan semalam menyatakan kekesalan dan permohonan maaf atas perkara tersebut serta mengkritik lawak yang dipersembahkan wanita itu.
Katanya walaupun Chia mengganggap itu sebagai jenaka, namun Loke berkata setiap jenaka perlu ada batasnya dan sepatutnya tidak menggunakan sesuatu tragedi untuk dijadikan bahan lawak.
“Perkara ini sepatutnya dijadikan sebagai pengajaran kepada semua pihak termasuk pelawak di negara kita dan kita mengalu-alukan komediri namun kita tidak boleh jadikan tragedi dan hubungan negara sebagai bahan jenaka,” katanya.
Terdahulu, Loke menyaksikan penganugerahan Sijil Pematuhan untuk Sistem Pengurusan Antirasuah (ABMS) ISO 37001:2016 kepada Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) dan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara LPK dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi pelepasan kapal dan kargo di pelabuhan, operator terminal dan pemain industri untuk bekerjasama membanteras rasuah. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked