Buta sepenuhnya ketika usia menginjak remaja tidak menoktahkan semangat Khairulanwar Zakaria untuk melakar kejayaan, dan hari ini dia dinobatkan sebagai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
Pelajar berkeperluan pendidikan khas (CBPK) cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Khairulanwar Zakaria (tengah) dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar menerima kucupan daripada ibunya Maznah Mohd, 56, (kanan) sambil diperhatikan bapanya Zakaria Yunus, 59, pada Majlis Pengunguman Keputusan SPM di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, hari ini. Khairulanwar yang mengalami masalah penglihatan memperoleh keputusan cemerlang 5A+ dan 2A. — fotoBERNAMA
KUALA TERENGGANU: Buta sepenuhnya ketika usia menginjak remaja tidak menoktahkan semangat Khairulanwar Zakaria untuk melakar kejayaan, dan hari ini dia dinobatkan sebagai pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.
Pelajar Berkeperluan Khas kategori masalah penglihatan berusia 19 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar itu terbukti “terang hati” apabila mendapat 5A+ bagi Bahasa Melayu, Sejarah, Pendidikan Islam, Sains dan Tasawwur Islam, selain gred A bagi Bahasa Inggeris dan Matematik.
“Sebelum ini saya pelajar aliran perdana. Tetapi penyakit ‘Cortical Blinders’ yang menyerang pada 2017 menyebabkan penglihatan saya hilang sepenuhnya ketika tingkatan satu.
“Selepas hilang penglihatan, saya terpaksa bercuti selama setahun untuk fokus kepada pembelajaran Braille,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan SPM di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di sini hari ini.
Khairulanwar berkata bagi memastikan dia tidak ketinggalan jauh dalam pelajaran, anak bongsu daripada empat beradik itu mengambil inisiatif mendengar sesi pembelajaran menerusi YouTube dan laman media sosial yang lain.
Khairulanwar berkata dia amat bersyukur dan gembira kerana segala usaha dan susah payahnya dengan bantuan pelbagai pihak terutama ibu bapa tersayang, pentadbiran sekolah dan pastinya guru-guru selama ini membuahkan hasil.
“Saya tidak pernah patah semangat untuk belajar. Malah dengan kekurangan yang ada saya semakin kuat berusaha untuk mencapai cita-cita,” katanya yang berhasrat menyambung pelajaran di Institut Pendidikan Guru (IPG) Cheras dalam bidang Pendidikan Islam.
Sementara itu, calon SPM terbaik Terengganu 2022 Nur Nadiatul Syakila Mohd Razif, 18, dari Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAZA) yang mendapat keputusan 10A+ berkata kejayaan dikecapi hari ini ialah berkat doa dan didikan ibu bapanya yang merupakan pasangan guru.
“Bapa selalu tekankan bahawa tujuan kita belajar adalah kerana Allah. Prinsip itu yang saya pegang teguh selama ini,” katanya.
Di GUA MUSANG, Kelantan, Nurul Izatul Husna Ismaliah, 18, tidak menjadikan kekurangan dirinya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan sebagai halangan untuk berjaya memperoleh 5A+ dan 4A dalam SPM.
Nurul Izatul Husna mengalami gejala mata malas pada mata kirinya sejak berusia tiga tahun sehingga menyebabkan penglihatan sebelah kiri menjadi kabur meskipun memakai kanta lekap yang mencecah hingga 1,300 tahap kerabunan.
“Hanya mata kanan yang saya gunakan untuk fokus ketika belajar, kekurangan ini tidak menjadi penghalang buat saya berusaha mengejar cita-cita sebagai seorang pensyarah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima keputusan SPM di Sekolah Menengah Sains Gua Musang, hari ini.
Nurul Izatul Husna mendapat keputusan cemerlang tertinggi (A+) bagi subjek Bahasa Melayu, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Fizik, manakala keputusan cemerlang tinggi (A) untuk Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Kimia dan Biologi.
Bapanya, Ismaliah Abd Rahman, 45, berkata kejayaan ini merupakan titik permulaan untuk anaknya mengejar impian menyambung pelajaran ke Edinburgh, Scotland.
“Alhamdulillah di sebalik kekurangannya yang mengalami masalah penglihatan, Allah kurniakan kelebihan untuknya memiliki ingatan yang kuat semenjak kecil lagi.
“Memang keputusan ini tidak dijangkakan, tetapi dengan usahanya yang tidak jemu belajar kami yakin dia akan berjaya,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked