Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

HUJAN DI 8 NEGERI BERTERUSAN HARI INI

DALAM NEGARA

HUJAN DI 8 NEGERI BERTERUSAN HARI INI

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMelaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan di lapan negeri sehingga hari ini.

Menurut laporan, Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata hujan berterusan peringkat buruk dijangka berlaku di Pahang iaitu di Lipis, Jerantut, Maran dan Kuantan.

“Hujan berterusan juga peringkat jingga pula dijangka berlaku di Perak membabitkan kawasan di Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

“Kelantan, Terengganu dan Pahang di Cameron Highlands, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya serta dan Negeri Sembilan turut dijangka mengalami keadaan sama,” katanya.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan itu berlaku disebabkan oleh luruan monsun (cold surge) dan juga lekukan tropika (tropical depression).

“Namun amaran hujan lebat ini akan dikemas kini dan bergantung kepada keadaan.

“Ketika ini Monsun Timur Laut dan dijangka tamat hari ini, keadaan cuaca dijangka beransur-ansur baik,” katanya.

Semalam, beberapa kawasan dilaporkan dinaiki air berikutan hujan lebat berterusan.

Menerusi kenyataan Pusat Ramalan Banjir dan Amaran Banjir Negara (PRABN) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkata, amaran banjir itu bermula pada 12 tengah malam tadi. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading