Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TANAH RUNTUH DI JALAN JIMAH-SENDAYAN

DALAM NEGARA

TANAH RUNTUH DI JALAN JIMAH-SENDAYAN

SEREMBAN: Jalan Jimah-Sendayan di sini, ditutup awal pagi tadi, akibat tebing runtuh.

Kejadian kira-kira jam 5 pagi itu berdekatan Sekolah Kebangsaan (SK) Jimah Baru itu, disedari agensi bantuan banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Syukri Madnor, berkata anggota APM dan bomba yang ke tempat banjir di Kampung Jimah jam 5.50 pagi mendapati terdapat tanah runtuh, akibat laluan air melimpah.

“Jalan berkenaan ditutup kepada pengguna. Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang memantau kawasan kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof, berkata kejadian tanah runtuh berlaku ekoran daripada hujan lebat yang berlaku semalam.

“Jalan yang runtuh ialah jalan menghala dari Jimah ke Sendayan, di bawah pentadbiran Balai Lukut, Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson.

“Bagaimanapun, polis dari IPD Seremban sudah digerakkan bagi memantau keadaan sementera menunggu anggota dari Balai Lukut,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading