Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 FASA 3 DIBUAT 20 DISEMBER INI

DALAM NEGARA

BAYARAN BANTUAN KHAS COVID-19 FASA 3 DIBUAT 20 DISEMBER INI

KUALA LUMPUR: Bayaran Fasa 3 bagi Bantuan Khas COVID-19 (BKC) akan dibuat mulai Isnin ini membabitkan peruntukan sejumlah RM1.2 bilion.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dengan peruntukan itu seramai 3.8 juta penerima isi rumah kategori miskin dan B40 mendapat manfaat.

Katanya, dengan pembayaran itu, lengkaplah nilai bantuan di bawah BKC berjumlah RM4.6 bilion dan menzahirkan komitmen kerajaan dalam memastikan pembayaran ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan yang disediakan ini menjamin kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 Bantuan Khas COVID-19 (BKC) sudah diselesaikan pada September dan November lalu dengan peruntukan sebanyak RM3.4 bilion untuk hampir 10 juta penerima.

Semakan status kelulusan BKC boleh dibuat melalui Portal BKC, iaitu https://bkc.hasil.gov.my dan maklumat lanjut termasuk kriteria penerima BKC dan nilai bantuan yang diterima, warga Keluarga Malaysia juga boleh merujuk Jadual 2 serta Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading