Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBADAH HAJI: IDRIS AHMAD SELAMAT TIBA DI JEDDAH

DALAM NEGARA

IBADAH HAJI: IDRIS AHMAD SELAMAT TIBA DI JEDDAH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad selamat tiba di Jeddah bagi menunaikan ibadah haji, pada jam 5.45 pagi waktu tempatan (10.45 pagi waktu Malaysia), hari ini.

ARAB SAUDI: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad selamat tiba di Jeddah bagi menunaikan ibadah haji, pada jam 5.45 pagi waktu tempatan (10.45 pagi waktu Malaysia), hari ini.

Idris bersama isterinya disambut oleh pegawai pengurusan Tabung Haji serta Konsul Jeneral di Jedah Tuan Alauddin Mohd Nor.

Terdahulu, Idris berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 1.45 pagi (waktu Malaysia).

“Atas amanah tugas yang diberikan, saya bersama-sama barisan pengurusan TH akan berusaha yang terbaik memastikan keadaan jemaah Haji dari Malaysia berada dalam keadaan baik.

“Doakan agar seluruh umat Islam khususnya rakyat Malaysia mendapat haji yang mabrur dan dipermudahkan urusan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading