Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

IBADAH HAJI: JEMAAH YANG LAYAK MULA TERIMA PENGESAHAN

DUNIA

IBADAH HAJI: JEMAAH YANG LAYAK MULA TERIMA PENGESAHAN

Sumber: ARKIB AFP

MAKKAH: Jemaah haji yang memohon bagi menunaikan ibadah tersebut pada tahun ini sudah menerima pesanan teks sejak semalam dan kerajaan Arab Saudi mula melaksanakan fasa seterusnya.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Dr Abdulfattah Sulaiman Mashat berkata, fasa seterusnya ialah membahagikan senarai pemohon yang layak itu kepada beberapa kategori.

“Kategori pertama adalah mereka yang memenuhi syarat menunaikan haji dan menerima pesanan teks untuk mengakses portal elektronik kementerian bagi menyelesaikan proses pendaftaran.

“Pesanan teks itu dianggap sebagai persetujuan akhir hanya selepas memenuhi syarat yang ditetapkan,” katanya.

Lapor Arab News, Abdulfattah memaklumkan pihak kementerian juga mempermudahkan langkah pendaftaran untuk mengeluarkan permit haji.

“Ini termasuk log masuk ke portal elektronik, mengesahkan data pemohon dan memilih pakej yang tersedia,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota seramai 60,000 jemaah haji susulan penularan COVID-19 yang tidak menentu.

Daripada jumlah kuota tersebut, penduduk tempatan dan warga asing yang menetap di sini sahaja dibenarkan menunaikan ibadah haji bagi mengurangkan ancaman COVID-19.

Ibadah haji lazimnya menyaksikan lebih 2.5 juta umat Islam menunaikan rukun Islam kelima itu di Makkah tetapi terpaksa dihadkan buat pertama kali dalam sejarah tahun lalu, dengan hanya 1,000 jemaah menunaikannya akibat ancaman COVID-19.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading