Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKATAN PERGERAKAN PENUH BERJAYA ELAK “MALAPETAKA” – DG HISHAM

DALAM NEGARA

SEKATAN PERGERAKAN PENUH BERJAYA ELAK “MALAPETAKA” – DG HISHAM

Sumber: ARKIB AFP

KUALA LUMPUR: Sekatan pergerakan penuh yang berkuat kuasa pada 1 Jun lalu berjaya mengelakkan Malaysia daripada “malapetaka”.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebelum pelaksanaan ‘full lockdown’, negara berdepan risiko peningkatan kes jangkitan sehingga 13,000 kes sehari pada 14 Jun dan boleh mencecah sehingga 40,000 kes beberapa minggu kemudiannya.

Menurutnya, Malaysia berjaya menghindarkan risiko tersebut berlaku sekaligus melandaikan lengkuk jangkitan daripada pelaksanaan ‘full lockdown’.

Bagaimanapun, Hisham berkata masih banyak yang perlu dilakukan untuk menurunkan lagi angka kes baharu.

“Selagi masih ada pergerakan dan aktiviti berkumpul beramai-ramai di sesetengah sektor, kita akan tetap berada di mana kita hari ini.

“Jika orang lain berdegil, kita sendiri masih boleh membawa perubahan dengan mengamalkan sekatan pergerakan kendiri, menyelamatkan diri dan keluarga,” katanya.

Memetik laporan Awani, Hisham turut mengingatkan bahawa Malaysia berdepan ancaman beberapa varian COVID-19 baharu seperti Beta dan Delta, yang mudah tersebar dan boleh menyebabkan angka jangkitan bertambah.

“Kita sekarang dalam peperangan, dan menyelamatkan negara adalah keutamaan kita. Jika tidak, nasib kita akan jadi seperti India,” katanya.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading