Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INSIDEN SERANGAN PENGGANAS DI POLITEKNIK UNGKU OMAR LATIHAN PENGURUSAN KRISIS

DALAM NEGARA

INSIDEN SERANGAN PENGGANAS DI POLITEKNIK UNGKU OMAR LATIHAN PENGURUSAN KRISIS

Dalam kejadian pagi tadi, warga PUO gempar apabila sekumpulan bersenjata ‘menyerang’ dan menahan seorang pensyarah serta beberapa pelajar sebagai tebusan.

Sumber Gambar: Media Sosial

IPOH: Polis Ipoh mengesahkan insiden serangan pengganas, tembakan dan tebusan pelajar di Politeknik Ungku Omar (PUO) yang viral di media sosial hari ini, adalah latihan pengurusan dan pengendalian krisis oleh pasukan 69 Komando Pasukan Gerakan Khas (PGK).

Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata latihan skala kecil ini bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan agensi terlibat termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), PUO dan Hospital Raja Permaisuri Bainun dalam mengurus serta mengendalikan krisis keganasan seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

Beliau berkata kehadiran sejumlah anggota polis, kenderaan pasukan keselamatan dan kesihatan termasuk helikopter Pasukan Gerakan Udara PDRM di kawasan politeknik adalah sebahagian daripada latihan tersebut.

“Latihan seumpama ini dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk menguji keberkesanan pelan tindakan pengurusan krisis keganasan bagi memastikan keadaan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik dan menyebarkan spekulasi tidak tepat berkaitan kejadian dan latihan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pagi tadi, warga PUO gempar apabila sekumpulan bersenjata ‘menyerang’ dan menahan seorang pensyarah serta beberapa pelajar sebagai tebusan.

“Pusat Kawalan Daerah (DCC) menerima panggilan berkaitan serangan kumpulan bersenjata daripada pegawai keselamatan PUO pada 9.04 pagi ini, memaklumkan serangan oleh kumpulan belum dikenal pasti yang telah menahan pensyarah dan pelajar sebagai tebusan.

“Laporan ini merupakan permulaan kepada senario latihan yang dinamakan Ex Kurung,” katanya.

Terdahulu, beberapa video tular di media sosial menunjukkan insiden serangan pengganas di PUO, selain turut berlaku tembakan dan sekumpulan pelajar dijadikan tebusan.

Ia termasuk kemas kini dari ibu bapa pelajar di insitusi berkenaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading