INSPEKTOR POLIS DIDAKWA ROGOL, LAKUKAN AMANG SEKSUAL TERHADAP REMAJA BAWAH UMUR
Tertuduh sebagai pegawai penyiasat berpangkat Inspektor telah didakwa merogol remaja berusia 16 tahun itu dengan kerelaannya dan kerelaan itu diperoleh menggunakan kedudukan berkuasa tertuduh terhadap mangsa.
SUNGAI PETANI: Seorang inspektor polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan bawah umur pada akhir bulan lepas.
Mohd Maliki Azmi, 34, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid .
Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai pegawai penyiasat berpangkat Inspektor telah didakwa merogol remaja berusia 16 tahun itu dengan kerelaannya dan kerelaan itu diperoleh menggunakan kedudukan berkuasa tertuduh terhadap mangsa.
Mohd Maliki dituduh melakukan perbuatan itu di bilik pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan lebih kurang 6.30 petang pada 28 Dis 2022 mengikut Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Tertuduh juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan berkaitan amang seksual terhadap remaja perempuan itu di tempat, masa dan tarikh sama.
Pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(a), Seksyen 14(c) dan Seksyen 15(a)(ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama.
Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan serta sebagai tambahan hukuman bagi Seksyen 16(1) itu iaitu boleh dipenjara tidak melebihi lima tahun dan disebat dengan tidak kurang dua sebatan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hizween Azleena Othman Kamal, Zulfadzly Hassan dan Nurul Natasha Rizal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Terdahulu pihak pendakwaan tidak menawarkan jaminan kepada tertuduh, bagaimanapun jika mahkamah membenarkan jaminan, pendakwaan mencadangkan RM20,000 bagi pertuduhan merogol dan RM20,000 bagi setiap kes amang seksual.
Mohd Maliki memohon jaminan rendah atas alasan dia tiada pendapatan berikutan akan digantung tugas selepas kes itu.
“Selain itu saya juga perlu menyara ibu bapa. Isteri tidak bekerja dan saya menanggung beban hutang yang tinggi,” katanya.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin bagi pertuduhan merogol dan RM15,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga-tiga kes amang seksual berserta syarat tambahan melarangnya mengganggu mangsa kes itu dan pasport diserahkan kepada mahkamah.
Sebutan untuk semua kes ditetapkan pada 6 Feb bagi lantikan peguam serta serahan dokumen. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager