Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INSPEKTOR SHEILA DITAHAN KERJA – BUKIT AMAN

DALAM NEGARA

INSPEKTOR SHEILA DITAHAN KERJA – BUKIT AMAN

KUALA LUMPUR: Seorang inspektor percubaan wanita yang tular di media sosial baru-baru ini dikenakan tindakan perintah tahan kerja, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Sri Azri Ahmad.

Inspektor wanita yang tular di media sosial baru-baru ini dihadapkan di dua Mahkamah Majistret Selayang atas dua pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan seorang pemuda serta satu tuduhan melakukan ugutan jenayah ke atas seorang wanita warga emas. – Bernama

KUALA LUMPUR: Seorang inspektor percubaan wanita yang tular di media sosial baru-baru ini dikenakan tindakan perintah tahan kerja, kata Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Seri Azri Ahmad.

Beliau berkata tindakan tatatertib itu diambil selepas inspektor wanita berkenaan iaitu Sheila Sharon Steven Kumar dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang hari ini atas tiga pertuduhan jenayah iaitu dua di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan satu di bawah Seksyen 506 kanun sama.

“Perintah tahan kerja itu mengikut Seksyen 78 Akta Polis 1967 dan telahpun disempurnakan. Sehubungan itu segala kuasa, hak dan keistimewaan sebagai seorang pegawai polis adalah tergantung sehingga diputuskan pihak berkuasa tatatertib,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Sheila Sharon, 35, didakwa atas dua pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang pemuda serta satu tuduhan melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita warga emas.

Dia mengaku tidak bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan dan mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 7 Ogos ini untuk sebutan semula kes. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading