ISMAIL SABRI MULA TUGAS SECARA RASMI SEBAGAI PM

Sumber Gambar: Facebook Jabatan Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini secara rasmi memulakan tugas, di Bangunan Perdana Putra, di sini.

Ketibaan Ismail Sabri disambut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Jamil Rakon.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jen Tan Sri Affendi Buang.

Simbolik tanda memulakan tugas, Ismail Sabri dibawa mengimbas kad perakam sebelum ke pejabat Perdana Menteri bagi menandatangani buku selamat datang dan selamat bertugas.

Ismail Sabri hari ini dijadualkan mengadakan lawatan ke Kedah bagi meninjau keadaan kawasan yang terjejas akibat tragedi kepala air dari Gunung Jerai, yang berlaku pada Rabu lalu.–AlHijrah Online

Leave a Reply