Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TRAGEDI KEPALA AIR: MAYAT BEKAS IMAM DIJUMPAI

DALAM NEGARA

TRAGEDI KEPALA AIR: MAYAT BEKAS IMAM DIJUMPAI

YAN: Mangsa kelima tragedi kepala air yang berlaku Rabu lalu ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata, pasukan SAR 4 dan SAR 6 berjaya menemui mangsa kelima itu di bawah timbunan kayu, pada jam 3.23 petang tadi.

Katanya, jasad mangsa masih dalam keadaan baik semasa ditemui dan mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
 
Bagaimanapun, usaha mencari seorang lagi mangsa masih diteruskan di Titi Hayun.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Supt Shahnaz Akhtar Haji mengesahkan penemuan mayat mangsa disahkan sebagai Ku Shuib Ku Abdullah, 91 tahun.
 
Sebelum ini, empat mangsa maut ditemui pada Rabu dan Khamis lalu dalam kejadian kepala air di Gunung Jerai.

Mangsa yang meninggal dunia disahkan sebagai Ahmad Din, 68, yang ditemui di Kampung Setoi manakala mangsa kedua, Shahruzi Mohamad, 53, ditemui di kilometer 8 Gunung Jerai pada jam 11 malam pada hari kejadian.
 
Manakala mangsa ketiga, Zainol Morad, 66, ditemui di Kampung Titi Hayun pada jam 12.30 tengah malam dan mangsa keempat, Mohamad Faizal Mohd Zohir, 28, ditemui di KEDA Sungai Udang kira-kira enam kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh, pada Khamis lalu.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading