ISRAEL BEDIL GAZA LAGI KERANA BELON API

GAZA: Bandar Gaza terus menjadi mangsa kekejaman Isarel selepas sekali lagi dibedil serangan udara zionis semalam.

Jet pejuang Israel melancarkan serangan udara ke Gaza pada lewat malam Khamis dipercayai sebagai tindak balas terhadap ‘belon api’ yang dilepaskan pejuang Palestin ke Israel.

Serangan tersebut merupakan yang kedua dilancarkan zionis dalam tempoh 48 jam dengan menyasarkan Gaza.

Wartawan AFP melaporkan, letupan kedengaran di Bandar Gaza dan Khan Yunis di selatan Gaza.

Setakat ini belum dilaporkan berhubung mangsa yang terkesan akibat serangan terbaru.

Zionis pada Rabu melancarkan serangan udara ke atas Gaza sekali gus mencabul persetujuan gencatan senjata bersama Hamas pada 21 Mei lalu.

Serangan itu yang pertama selepas pentadbiran kerajaan Israel baharu yang diketuai Naftali Bennet. — AlHijrah Online

Leave a Reply