Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

CALON SPM,STPM 2021 TERIMA VAKSIN BULAN DEPAN

DALAM NEGARA

CALON SPM,STPM 2021 TERIMA VAKSIN BULAN DEPAN

KUANTAN: Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dijadual untuk mula menerima vaksin COVID-19 pada Julai depan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata calon-calon terbabit akan menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.

“Kita akan cuba selesaikan dos pertama pada bulan Julai dan suntikan dirancang dibuat di sekolah masing-masing,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Bertindak Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat Pahang di Wisma Sri Pahang, di sini, hari ini.

Semalam Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dilapor menerima cadangan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mengutamakan suntikan vaksin COVID-19 kepada pelajar yang menghadapi peperiksaan tahun ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, CITF bersetuju dengan cadangan yang diusahakan KPM bagi memastikan pelajar-pelajar tersebut diberi keutamaan terlebih dahulu. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading