ISTERI BANDUAN TIDAK SANGKA DAPAT BERAYA BERSAMA SUAMI
Seorang isteri banduan tidak menyangka berpeluang menyambut Aidilfitri bersama suaminya selepas dilepaskan secara bersyarat menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) hari ini.
Seorang banduan dengan nama panggilannya Uji, 42, yang mendapat Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) bertemu isteri dan anaknya pada majlis PBSL Ihsan Madani bertemakan “Kepulangan yang dinanti” sempena Aidilfitri 2023 di Pusat Koreksional Machang hari ini. — fotoBERNAMA
MACHANG: Seorang isteri banduan tidak menyangka berpeluang menyambut Aidilfitri bersama suaminya selepas dilepaskan secara bersyarat menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di sini hari ini.
Ibu kepada empat cahaya mata yang mahu dikenali sebagai Mah, 42, berkata dia mendapat berita gembira itu semalam selepas dihubungi Pusat Koreksional Machang.
“Hanya Allah yang tahu betapa syukur dan gembiranya saya dan anak-anak selepas dimaklumkan perkara ini. Sebelum ini saya hanya membeli baju raya untuk anak-anak sahaja kerana menyangka tidak dapat beraya bersama suami kerana dia sepatutnya dibebaskan pada Mei ini,” katanya.
Mah ditemui pemberita pada Majlis PBSL Ihsan MADANI Kepulangan Yang Dinanti Sempena Aidilfitri di Pusat Koreksional Machang di sini hari ini.
Menurut Mah, suaminya yang bekerja sebagai pemandu lori ditahan memiliki dadah dan dijatuhi hukuman penjara Oktober tahun lepas ketika dia sedang sarat mengandungkan anak keempat.
Katanya detik hitam itu cukup memberi kesan kepada dia dan anak-anak selain hilang punca pendapatan utama keluarga.
“Sebagai isteri saya tetap setia menunggu pembebasan suami dan hari ini saya seperti bermimpi kerana disaat-saat tiga hari menjelang raya, suami dibebaskan,” katanya.
Sementara itu, banduan terbabit yang mahu dikenali sebagai Uji, 42, berkata dia sangat bersyukur kerana terpilih dilepaskan menerusi PBSL sekali gus membolehkannya beraya bersama keluarga tercinta tahun ini.
Katanya peluang yang diperoleh itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan diri selain berazam menjadi suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab kepada keluarga.
Pengarah Pusat Koreksional Machang Penolong Kanan Komisional Mohd Nasir Yusof berkata seramai 25 banduan dilepaskan menerusi PBSL hari ini.
Beliau berkata mereka terdiri daripada 20 banduan yang diserahkan kepada majikan manakala lima lagi diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk menjalani pemulihan dalam komuniti sebelum dibebaskan sepenuhnya selepas tempoh hukuman sebenar tamat.
Menurut Mohd Nasir kebanyakan banduan yang dilepaskan mempunyai baki tempoh hukuman tidak melebihi tiga bulan.
Katanya seramai 607 banduan dilepaskan melalui program PBSL tahun lepas manakala 275 daripada keseluruhan 2,653 banduan dilepaskan setakat April tahun ini. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked