Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISU BERAS CAMPUR: SERAH KEPADA JAWATANKUASA FATWA NEGERI TENTUKAN KADAR ZAKAT FITRAH

DALAM NEGARA

ISU BERAS CAMPUR: SERAH KEPADA JAWATANKUASA FATWA NEGERI TENTUKAN KADAR ZAKAT FITRAH

Penetapan semula kadar zakat fitrah berdasarkan gred beras yang sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam setiap negeri bagi menentukannya, susulan isu pembongkaran beras campur baru-baru ini.

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar –fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Penetapan semula kadar zakat fitrah berdasarkan gred beras yang sepatutnya diserahkan kepada Jawatankuasa Fatwa dan Majlis Agama Islam setiap negeri bagi menentukannya, susulan isu pembongkaran beras campur baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata jika isu itu jelas terbukti, ia boleh dibawa kepada pihak-pihak berkenaan untuk dipertimbangkan semula kerana kadar zakat fitrah ditetapkan ketika ini berdasarkan keputusan fatwa terdahulu.

“Penetapan kadar zakat fitrah itu mengambil kira ketika sesuatu fatwa atau keputusan yang telah dibuat. Jadi, maknanya semasa fatwa itu dikeluarkan menetapkan jumlah beras tersebut RM7, RM15 dan RM20, yang itulah dibuat masa berkenaan.

“Bagi mengkaji semula kadar berkenaan, memang saya serahkan kepada kebijaksanaan Jawatankuasa Fatwa ataupun Majlis Agama Islam Negeri untuk menetapkan berada jumlah kadar zakat fitrah itu, tetapi bukanlah dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan sijil Malaysia Book Of Records dan pelancaran produk baharu Ayam Gepuk Pak Gembus di sini malam tadi.

Pada Rabu, media melaporkan Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) mendapati kira-kira 50 peratus daripada 5,000 sampel beras import yang dirampas pihak berkuasa dicampur beras putih tempatan.

Berdasarkan semakan Bernama di portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-57 bertarikh 10 Jun 2003, harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung berdasarkan harga setempat oleh BERNAS bagi setiap beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram (kg).

Harga zakat fitrah bagi Sabah dan Sarawak pula berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras Vietnam White untuk kedua-dua negeri itu mengikut timbangan satu gantang Baghdad atau bersamaan 2.7 kg. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading