Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PERLIS LAKSANA WAKTU BEKERJA FLEKSI SEPANJANG RAMADAN

DALAM NEGARA

PERLIS LAKSANA WAKTU BEKERJA FLEKSI SEPANJANG RAMADAN

Kerajaan Negeri Perlis menetapkan waktu bekerja fleksi (WBF) bagi penjawat awam negeri sepanjang Ramadan dengan membenarkan mereka pulang awal pada Jumaat.  

Mohd Shukri Ramli –fotoBERNAMA

KANGAR: Kerajaan Negeri Perlis menetapkan waktu bekerja fleksi (WBF) bagi penjawat awam negeri sepanjang Ramadan dengan membenarkan mereka pulang awal pada Jumaat.  

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 26 Feb lepas bagi menjaga kebajikan penjawat awam di negeri ini.  

“Sepanjang Ramadan tahun ini, waktu bekerja bagi penjawat awam negeri pada Jumaat ditetapkan bermula 8 pagi hingga 12.30 tengah hari.  

“Semua ketua jabatan bertanggungjawab memastikan perkhidmatan, termasuk operasi kaunter, berjalan lancar dan tidak terjejas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  

Beliau berkata pelaksanaan WBF bagi petugas jabatan Persekutuan pula tertakluk kepada keputusan ketua jabatan masing-masing.  

Mohd Shukri turut berharap keistimewaan itu dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan ibadah dan ketakwaan sepanjang Ramadan. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading