Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JABATAN LAUT TUBUH PASUKAN SIASATAN INSIDEN KAPAL BERLANGGAR DI BATU PAHAT

DALAM NEGARA

JABATAN LAUT TUBUH PASUKAN SIASATAN INSIDEN KAPAL BERLANGGAR DI BATU PAHAT

JOHOR BAHRU: Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan pasukan siasatan susulan insiden pelanggaran kapal kontena MV GSL Grania dengan kapal tangki MT Zephyr I di perairan Batu Pahat, semalam.

Gambar Fail.

JOHOR BAHRU: Jabatan Laut Malaysia (JLM) menubuhkan pasukan siasatan susulan insiden pelanggaran kapal kontena MV GSL Grania dengan kapal tangki MT Zephyr I di perairan Batu Pahat, semalam.

Jabatan itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan kapal kontena yang berdaftar di Liberia dan kapal tangki yang berdaftar di Panama itu bagi memastikan situasi terkawal.

“Buat masa ini, kedua-dua kapal diarahkan untuk berlabuh di tempat selamat bagi tujuan verifikasi kerosakan dan siasatan lanjut.

“JLM juga bertindak menyiarkan navigational telex (NAVTEX) bagi memberi amaran kepada kapal-kapal yang berada di kawasan atau laluan berdekatan mengenai situasi semasa untuk mengambil langkah berjaga-jaga,” menurut jabatan itu.

Terdahulu, siasatan awal mendapati kapal MT Zephyr I yang dalam perjalanan ke Yantai, China telah hilang kawalan berikutan kegagalan sistem stereng sehingga menyebabkannya membelok ke kiri lalu melanggar starboard quarter kapal MV GSL Grania yang dalam perjalanan ke Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah.

“Akibat daripada pelanggaran itu, kapal MV GSL Grania telah mengalami kerosakan pada bahagian starboard quarter, manakala kapal MT Zephyr I pula mengalami kerosakan pada bahagian depan (bow),” menurut jabatan itu lagi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kebocoran dan tumpahan minyak dilaporkan.

“Kita juga ingin menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan sebarang berita yang tidak benar serta menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu, JLM telah menerima laporan kecemasan melalui VTS Klang Sektor 5 berhubung insiden pelanggaran kapal berkenaan pada 4.18 pagi semalam. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading