PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan tetap teguh mempertahankan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi ruang serta kebebasan hak dan agama lain, seperti yang terjamin dalam perlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet di Bangunan Perdana Putra hari ini. – Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan tetap teguh mempertahankan prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan dengan memberi ruang serta kebebasan hak dan agama lain, seperti yang terjamin dalam perlembagaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sebarang usaha untuk mengadu domba serta menghangatkan ‘suhu’ perbezaan kaum dan agama di negara ini tidak akan diizinkan.
“Kalau ada beberapa isu (agama dan kaum) yang berbangkit, ia harus dileraikan dengan baik supaya jangan ada perseteruan, salah sangka atau prasangka,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Kabinet di sini hari ini.
Mendedahkan terdapat usaha pihak tertentu meniupkan sentimen kaum dan agama, Anwar berkata beliau telah mengarahkan pasukan keselamatan untuk berwaspada bagi menjaga keamanan negara agar sentimen itu tidak digunakan untuk menimbulkan kekacauan.
“Jadi sekiranya tindakan itu melampau, menganggu gugat, pihak keselamatan akan keras dan tegas bertindak,” katanya, bagaimanapun menurutnya keadaan pada masa ini terkawal.
Beliau berkata sekiranya terdapat apa-apa pelanggaran peraturan atau menimbulkam sedikit sebanyak sensiviti kaum, perkara itu harus dileraikan melalui perundingan.
Anwar berkata Kerajaan Perpaduan dengan dasar yang jelas ke arah Malaysia Madani teguh dalam mempertahankan nilai dan akhlak serta kukuh dengan semangat untuk menyatu spadu rakyat pelbagai kaum dan agama.
“Jadi, kenyataan-kenyataan yang tidak bertanggungjawab tidak boleh diguna pakai kerana kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa Malaysia ini harus aman, tertib, dibangunkan oleh Melayu dan Bumiputera, Cina, India, suku-suku kaum Dayak, Iban, Melanau, Kadazan dan lain-lain,” katanya.
Beliau berkata Kabinet Kerajaan Perpaduan adalah bersama-sama dalam hal untuk memastikan keamanan dan perdamaian semua kaum dipertahankan dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana usaha yang menganggu gugat keselamatan negara. — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked