Sekitar majlis pelancaran Program Sumbangan Dana/Waqaf Al-Quran
PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mensasarkan kutipan dana berjumlah RM700,000 bagi membeli sekurang-kurangnya 10,000 naskhah al-Quran untuk program sumbangan dana dan waqaf kepada masjid, surau, sekolah dan pihak-pihak yang terkesan dengan banjir di sekitar Lembah Klang.
JAWI menerusi kenyataan media hari ini berkata sehingga kini, sebanyak RM170,000 diterima daripada beberapa pihak seperti Pengarah Urusan Kumpulan Zikay Group Berhad, Masjid Jamek Kampung Baru, Pusat Pungutan Zakat dan Wakalah Zakat MAIWP, Lembaga Tabung Haji (TH) dan Masjid Wilayah Persekutuan.
Menurut kenyataan tersebut, inisiatif ini dilaksanakan susulan terdapat banyak naskhah al-Quran yang rosak dan musnah akibat banjir dialami individu atau institusi seperti masjid, surau dan sekolah di beberapa kawasan di seluruh negara.
Katanya, inisiatif ini juga sebagai lambang solidariti dan keprihatinan di samping menyuburkan amalan membaca, mempelajari dan tadabbur al-Quran dalam masyarakat.
“JAWI melalui Masjid Wilayah Persekutuan telah menyerahkan 200 naskhah al-Quran waqaf sumbangan Nasyrul Quran kepada Masjid Hidayatul Muttaqin, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam yang terkesan akibat banjir semalam.”
“Untuk rekod, JAWI melalui Pusat Pelupusan al-Quran Darul Kalam, Raudhatul Sakinah Taman Selasih turut melaksanakan perkhidmatan pelupusan al-Quran yang rosak akibat banjir sejak 20 Disember tahun lalu,” menurut kenyataan tersebut.
JAWI juga menerima sebanyak 25,354 kilogram al-Quran rosak daripada individu, sekolah, SWCorp dan beberapa pihak lain termasuk dari kawasan Hulu Langat dan Mentakab, Pahang.
Majlis Pelancaran Program Sumbangan Dana/Waqaf Al-Quran disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar di Masjid Wilayah Persekutuan hari ini.
Mereka yang berminat boleh menghulurkan infaq dan sumbangan melalui kod QR yang disediakan di 89 masjid di seluruh Wilayah Persekutuan atau melalui Akaun Masjid Wilayah Persekutuan 14023010023833 (Bank Islam Malaysia Berhad) yang berlangsung selama sebulan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked