Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

JEMAAH UMRAH TERJEJAS PENANGGUHAN AKAN TERIMA PAMPASAN

DALAM NEGARA

JEMAAH UMRAH TERJEJAS PENANGGUHAN AKAN TERIMA PAMPASAN

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk memberikan pampasan kepada jemaah umrah yang terjejas akibat penagguhan ibadah itu selama sebulan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkata, maklumat terperinci berkenaan tarikh dan jumlah pembayaran akan dibuat dalam masa terdekat.

“Perkara ini kita sedang uruskan dan kita telah mendapatkan senarai nama daripada Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) dan wang pampasan kita akan salurkan melalui Pejabat Tabung Haji berdekatan.

“Walaupun kita tidak dapat ganti semua (kos terkesan) tapi pampasan yang diberikan ini diharap dapat membantu jemaah terlibat,” katanya.

Sementara itu berhubung kebenaran semula umrah bermula 8 Februari ini, Idris berharap pihak agensi pelancongan dapat memastikan jemaah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Arab Saudi dan Malaysia.

Beliau juga berharap tidak timbul lagi isu penipuan sijil vaksin selepas ini. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading