Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PENERBANGAN UMRAH TIDAK SEMESTINYA PADA 8 FEBRUARI – NANCY SHUKRI

DALAM NEGARA

PENERBANGAN UMRAH TIDAK SEMESTINYA PADA 8 FEBRUARI – NANCY SHUKRI

KUALA LUMPUR: Penerbangan semula jemaah umrah ke Tanah Suci tidak semestinya dilaksanakan pada 8 Februari depan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini kerana terdapat beberapa proses yang perlu dimuktamadkan sebelum penerbangan dapat dilakukan.

“Penggantungan selama satu bulan dari 8 Januari sehingga 7 Februari. Tidak semestinya 8 Februari terbang terus, mungkin kena uruskan prosedur operasi standard (SOP) dan tempahan serta sebagainya.

“Saya tak cakap terus terbang tetapi saya kata boleh bermula. Ada beberapa perkara yang perlu dimuktamadkan,” katanya dalam sidang media pada Majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia di Putrajaya hari ini.

Menurutnya SOP ibadah umrah telah disediakan pihak MOTAC dan sedang diperhalusi oleh Kementerian Kesihatan.

Semalam, Nancy memaklumkan kabinet bersetuju untuk tidak melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang dibuat 8 Januari lalu berikutan penularan jangkitan Omicron. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading