JENTERA KERAJAAN HENDAKLAH LAKSANA AKTIVITI KE ARAH PEMBUDAYAAN AL-QURAN – RAJA PERLIS
Semua pihak terutama jentera kerajaan sama ada pentadbiran atau pendidikan hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti ke arah pembudayaan dan penghayatan isi kandungan al-Quran supaya ia meresap di setiap peringkat lapisan masyarakat tanpa terkecuali.
KANGAR: Semua pihak terutama jentera kerajaan sama ada pentadbiran atau pendidikan hendaklah merancang dan melaksanakan aktiviti ke arah pembudayaan dan penghayatan isi kandungan al-Quran supaya ia meresap di setiap peringkat lapisan masyarakat tanpa terkecuali.
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah baginda meyakini dengan memberikan perhatian dan penekanan sepenuhnya kepada al-Quran ia dapat menjadikan rakyat di Perlis mencapai tamadun di bawah keredaan kerana ilmu al-Quran itu sifatnya sentiasa maju dan berkembang selari dengan peredaran semasa.
“Agensi-agensi agama, masjid-masjid, sekolah-sekolah hendaklah memainkan peranan aktif dalam mempromosikan pembelajaran dan penghayatan al-Quran. Dengan kerjasama ini, kita dapat memastikan pendidikan al-Quran disediakan dengan sistematik dan menyeluruh, merangkumi semua lapisan masyarakat.
“Program-program komuniti yang melibatkan pembelajaran dan penghayatan al-Quran hendaklah diperkukuh. Aktiviti seperti tadarus, kelas tafsir dan ceramah agama harus dipergiat dan diperluas.
“Dengan cara ini, kita dapat memperkukuh keimanan dan ketaqwaan masyarakat serta mengukuhkan perpaduan ummah,” titah baginda ketika berkenan merasmikan majlis penutup dan pengurniaan hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri Perlis 2025 di sini malam tadi.
Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Tuanku Syed Sirajuddin bertitah semua yang dinyatakan baginda itu tidak akan dapat direalisasikan tanpa sebarang sokongan dan dokongan kewangan maka pihak berwajib perlu mengambil berat akan perkara itu dengan memperuntukkan sejumlah peruntukan munasabah bagi menjayakan agenda berkenaan.
“Harapan saya adalah agar semua pihak cakna tentang perkara ini demi memastikan lahirnya generasi umat Islam yang unggul di negeri Perlis dan tanah air pada masa akan datang dengan berlandaskan al-Quran dan al-Sunah,” titah baginda.
Baginda bertitah seluruh umat Islam di negeri itu hendaklah berpegang teguh dengan al-Quran dan al-Sunah Nabi Muhammad SAW iaitu lazimi membaca al-Quran, menghafaz, mempelajari, mendalami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan seharian agar ia menjadi suatu budaya dalam masyarakat di Perlis.
Sementara itu, Muhammad Anas Abdul Hadi dinobatkan sebagai johan qari manakala johan qariah menjadi milik Siti Aishah Md Arif pada majlis tilawah al-Quran peringkat negeri itu. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager