Connect with us

ALHIJRAH NEWS

LELAKI CABUL KANAK-KANAK DI MASJID DIDAKWA KHAMIS INI 

DALAM NEGARA

LELAKI CABUL KANAK-KANAK DI MASJID DIDAKWA KHAMIS INI 

Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 19 tahun yang disyaki terlibat dalam kes cubaan rogol yang tular baru-baru ini. 

SHAH ALAM: Seorang lelaki disyaki terlibat dalam kes cubaan mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor pada 21 Feb lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang, Khamis ini. 

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kertas siasatan sudah dilengkapkan dan telah dirujuk kepada Pejabat Pendakwa Raya Selangor pada Selasa.

“Kertas siasatan telah mendapat arahan tuduh di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh disebat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Hussein dilaporkan berkata polis telah menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 19 tahun yang disyaki terlibat dalam kes cubaan rogol yang tular baru-baru ini. 

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor Azmir Kassim juga dilaporkan mengesahkan suspek memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU) masalah pembelajaran sejak kecil. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading