Sampai bila Nabi
Muhammad SAW akan terus dihina? Adakah perlu ada batas penghinaan terhadap
baginda, dan ketika itu barulah umat Islam perlu bertindak?
Penghinaan terhadap
nabi bukanlah satu perkara baharu dalam sejarah Islam. Tetapi membisu dan kaku
untuk bertindak adalah satu fenomena terkini dan tragedi malang bagi umat Islam
Malaysia.
Sekiranya pemimpin politik yang dinista, maka gegak gempita seluruh alam sehingga ke seluruh petala langit terasa gegarannya.
Andainya idola idaman yang dikeji, akan berhamburanlah hujah untuk mempertahankan reputasi dan susuk tubuhnya.
Bukankah Rasulullah SAW merupakan ikon penting dalam kehidupan umat Islam? Mengapakah baginda dinafikan untuk diberikan pembelaan sewajarnya?
Dalam konteks politik pula, kata-kata pemimpin pujaan dinaik taraf seperti hadis yang tidak boleh dipertikai. Batang tubuh pemimpin didewakan ibarat nabi yang maksum.
Apakah rakyat di negara ini silap, atau tersilap, atau sengaja menjahilkan diri kerana kepentingan dan ketaksuban kepartian?
Amat ketara
dalam norma kehidupan umat Islam negara ini, ada pemimpin yang lebih disanjungi
dan dimuliakan dari Nabi Muhammad SAW. Juga, idola idaman mereka dianggap lebih
bernilai walaupun al-Quran telah mengesahkan bahawa baginda adalah suri teladan
teragung.
Apakah masih ada umat Islam yang keliru sehingga mereka hilang sengat untuk mempertahankan insan paling mulia di sisi Allah?
Adakah golongan bukan Islam masih tidak faham bahawa mempercayai Nabi Muhammad SAW adalah salah satu prinsip keimanan umat Islam yang tidak boleh dipertikaikan sama sekali?
Masih terlalu
ramai rakyat negara ini yang jahil, berminda lopong, dan bersikap sembrono
dalam menjaga keharmonian antara kaum, terutamanya dalam perkara-perkara yang
berhubung kait dengan agama.
Sering
kedengaran orang yang menghina Nabi Muhammad SAW dibela oleh pemilik minda bercelaru
dengan hujah songsang bersandarkan prinsip kebebasan bersuara. Tetapi jika
agama dan adat kaum lain yang dihina dan dikeji, sepantas kilat mereka
mempertahankannya.
Sehingga kini budaya pemesongan tafsiran mengenai kedudukan orang Melayu dan agama Islam dalam perlembagaan masih diperdebatkan.
Malah ada yang lebih berani, kebencian terhadap agama Islam dizahirkan ibarat mempromosi filem Hollywood tanpa memikirkan kesan dan akibatnya.
Mahukah kita
berhadapan dengan suasana di mana tiap-tiap penganut agama berprasangka antara
satu sama lain kerana kebencian, kebiadaban dan keceluparan sesetengah pihak? Namun
inilah hakikat yang harus diterima dewasa ini.
Terdapat tangan-tangan berkudis bermain mancis di media sosial untuk menyemarakkan api persengketaan. Masih ada mulut-mulut berkurap yang celupar asyik bersandiwara tanpa memikirkan kesan hujahnya.
Malahan masih ramai yang berjudi nasib mengejar populariti dengan menghidupkan bara api perpecahan secara tidak disedari. Inikah bentuk rakyat Malaysia yang diidamkan oleh deklarasi Rukun Negara pada 31 Ogos 1970?
Umat Islam
sering dipaksa rela untuk bertoleransi dengan kebiadapan golongan yang
menghina, mempersenda dan memperlekah Rasulullah SAW dan hukum-hukum Islam.
Amat mengelirukan, umat Islam diminta bertoleransi, tetapi si penghina nabi dibela
atas semangat demokrasi.
Malang sekali
bagi umat Islam, apabila ada pemimpin dan golongan tertentu berasa gusar dan
sensitif terhadap reaksi umat Islam yang memprotes terhadap penghinaan yang
dilontarkan kepada Rasulullah SAW. Di manakah maruah golongan ini?
Sekiranya ibu bapa mereka sendiri yang dihina dan diaibkan melalui lukisan atau coretan, adakah mereka akan berdiam diri? Mahukah mereka bertoleransi dengan golongan yang mempersendakan maruah keluarga dan martabat kedua ibu bapa mereka?
Sebaliknya, inilah nasib yang menimpa golongan yang membela dan mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW.
Gelaran apakah yang patut diberi kepada umat Islam yang tidak terusik perasaannya apabila Rasulullah dihina? Panggilan apakah yang sesuai dengan sikap mereka apabila umat Islam yang membela Nabi Muhammad SAW digelar rasis, tidak bertoleransi, oportunis dan sebagainya?
Tidakkah mereka terfikir bahawa dengan sikap melunakkan tindakan penghina Rasulullah tanpa disedari mereka sendiri telah menghina nabi yang paling agung ini?
Jika sahabat
masih ada, adakah mereka akan mewajarkan tindakan si penghina Nabi Muhammad SAW?
Sejak
akhir-akhir ini ramai umat Islam Malaysia yang hanya berpeluk tubuh dalam
perkara ini. Mereka menganggap penghinaan ini hanyalah hiburan seketika, dan
dengan sendirinya akan reda apabila tiba masanya.
Inikah rupa bentuk sikap umat Islam yang mengharapkan syafaat dari Nabi Muhammad SAW ketika berada di Padang Masyar nanti?
*Dr Yahya Mat Som adalah pakar dalam bidang Pembangunan Personal dan Profesional (Cognitive Dissonance Psychology)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
DR YAHYA….APAKAH DIMAKSUDKAN JIKA SESEORANG ITU MENGAMBIL SEPOTONG AYAT DARI KALAM ALLAH ITU SERTA PENTRRJEMAHAN ITU DIKIRa menghina??? Ianya sebaris ayat kallam allah yg diterjemahan oleh bahasa melayu kita….apekah jika orang yang tidak paham maksud menuduh ianya menghina agama……sedangkan baris ayat kallam allah serta penterjemahan saja…..ape yang kira menghina…bahasa arab penterjemahan bahasa melayu itu saja…apekah penterjemahan ayat melayu itu salah dan tidak diiktiraf oleh mane2 ahli ugama…itu sahaja…mohon pencerahan ade mungkin segelintir tidak faham bila kallam allah dihurai ke bahasa melayu
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
Wan
5 January 2020 at 12:49 PM
DR YAHYA….APAKAH DIMAKSUDKAN JIKA SESEORANG ITU MENGAMBIL SEPOTONG AYAT DARI KALAM ALLAH ITU SERTA PENTRRJEMAHAN ITU DIKIRa menghina??? Ianya sebaris ayat kallam allah yg diterjemahan oleh bahasa melayu kita….apekah jika orang yang tidak paham maksud menuduh ianya menghina agama……sedangkan baris ayat kallam allah serta penterjemahan saja…..ape yang kira menghina…bahasa arab penterjemahan bahasa melayu itu saja…apekah penterjemahan ayat melayu itu salah dan tidak diiktiraf oleh mane2 ahli ugama…itu sahaja…mohon pencerahan ade mungkin segelintir tidak faham bila kallam allah dihurai ke bahasa melayu