PERDEBATAN mengenai bentuk bumi
sama ada datar seperti piring atau sfera seperti buah limau masih berlaku bukan
sahaja di Malaysia, malah ia dianggap sebagai fenomena global.
Senario terkini memaksa angkasawan
negara Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor masuk campur kerana beliau ketika
berada di ruang angkasa mampu menyaksikan bentuk bumi yang sebenarnya.
Fenomena kejadian siang dan malam adalah bukti asas saintifik bahawa bumi itu sebenarnya berbentuk sfera dan bukannya datar. – GAMBAR HIASAN
Kedudukan Stesen Angkasa
Antarabangsa (ISS) yang berada pada ketinggian 400 km dari bumi membolehkan
hanya dengan mata kasar angkasawan, bentuk kelengkungan bumi adalah begitu
jelas kali.
Setiap kali seorang angkasawan buat
pertama kali melihat bumi dari ISS, sifat betapa kerdilnya bumi itu di ruang
angkasa lepas mampu mengubah persepsi angkasawan tersebut terhadap falsafah
hidup.
Angkasawan dari Itali, Samantha
Cristoforetti umpamanya adalah antara individu paling lama berada di ISS, iaitu
selama 199 hari, apabila melihat bumi buat pertama kali dari ISS, beliau
terfikir sama ada apakah terdapat unsur hidupan lain selain dari manusia.
Amat janggal dalam zaman ini di mana manusia menghadapi ledakan teknologi termaju dan sedang melalui era yang dikenali sebagai Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), masih ada kumpulan yang membahaskan isu yang sudah dimuktamadkan beribu tahun lepas.
Tidak kira sama ada Dr. Sheikh
Muszaphar mengaku beliau telah menyaksikan dengan mata kasar beliau bahawa bumi
mempunyai kelengkungan yang menjurus kepada bumi berbentuk sfera dan mustahil mendatar,
kumpulan yang berpegang kepada kepercayaan bumi berbentuk datar masih tidak
akan mempercayai bumi itu berbentuk sfera walaupun pengakuan itu terbit dari
angkasawan Malaysia yang pertama.
Walaupun jika hujah paling mudah
dibentangkan untuk membuktikan bumi tidak berbentuk datar seperti kapal yang
berada di laut hanya akan muncul atau susut dari penglihatan sedikit demi
sedikit yang membuktikan bumi bersifat kelengkungan, sudah agak pasti kumpulan
yang mempercayai bumi itu datar itu tidak boleh menerima hujah dan bukti paling
asas.
Dalam Al Quran umpamanya banyak ayat
yang membincangkan mengenai alam semesta yang antara lain memberi isyarat
tersirat bahawa bumi ini adalah tidak datar. Surah Az-Zumar, ayat 5 antara lain
membincangkan fenomena malam dan siang dan juga pergerakan bulan dan matahari.
Perbahasan bentuk bumi mengundang kepercayaan sesetengah pihak bahawa kononnya wujudnya konspirasi untuk menyembunyikan hakikat bumi itu datar.
Fenomena kejadian siang dan malam
adalah bukti asas saintifik bahawa bumi itu sebenarnya berbentuk sfera dan
bukannya datar.
Amat janggal dalam zaman ini di
mana manusia menghadapi ledakan teknologi termaju dan sedang melalui era yang
dikenali sebagai Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), masih ada kumpulan yang
membahaskan isu yang sudah dimuktamadkan beribu tahun lepas.
Tidak menghairankan umpamanya
apabila ahli falsafah Greek Pythagoras berhujah dunia tidak datar tetapi
berbentuk bulat, ianya mendapat tentangan kerana ia berlaku pada era 500
S.M.
Pythagoras juga berhujah dunia itu berbentuk bulat, bukan datar.
Perbahasan sebegini sebenarnya
tidak memberi manfaat kepada sesiapa pun tetapi hakikatnya masih ada yang
mempercayai bahawa bukti-bukti yang jelas itu semuanya adalah konspirasi.
Apakah kumpulan yang mempercayai
bahawa ujudnya konspirasi yang menyembunyikan fakta bahawa bumi itu adalah
datar dibiarkan begitu sahaja kerana ada yang berpendapat berhujah dengan
kumpulan seperti itu tidak akan membawa kepada penyelesaian isu?
Apa yang amat dibimbangi ialah
keujudan kumpulan yang begitu taksub dengan kepercayaan ujudnya konspirasi
tidak kira konspirasi mengenai bentuk bumi atau lain-lain komplot konspirasi sebenarnya
adalah tidak sihat demi kemajuan fizikal dan mental sesebuah negara.
Ini kerana jika kumpulan itu mudah
termakan teori konspirasi walaupun pada pandangan kasar ianya tidak logik, maka
kumpulan tersebut akan mudah mempercayai teori konspirasi yang lain.
Ambil contoh mudah kejadian 8 Mac
2014 mengenai misteri kehilangan pesawat Sistem Penerbangan Malaysia MH370.
Oleh kerana sehingga hari ini masih tidak dapat ditentukan kejadian sebenar
yang berlaku terhadap pesawat tersebut, teori konspirasi yang ujud adalah
berbagai, dan anehnya ada golongan yang mempercayai keujudan konspirasi
tersebut sehingga menuduh ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh kerajaan
Malaysia.
Memang tidak dinafikan perdebatan
mengenai bentuk bumi oleh kumpulan yang bertentangan dianggap remeh tetapi jika
dibiarkan tanpa kekangan ia boleh memberi mudarat kepada negara.
Tambahan pula dengan ledakan teknologi dalam media sosial, teori konspirasi begitu mudah ditularkan sehingga ramai yang terperangkap kerana menular berita konspirasi tanpa usul periksa.
*Dr Azmi Hassan adalah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
PENAFIAN: Hijrah Online tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui rencana ini. Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab penulis.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests