KAJI SEMULA SISTEM PEMBELAJARAN TINGKATAN ENAM, ASINGKAN DENGAN ALIRAN PERDANA
Sistem pembelajaran Tingkatan Enam wajar dikaji semula untuk ditambah baik sesuai dengan tahapnya sebagai pascasekolah. Ini termasuk dari segi peraturan dikenakan kepada pelajar, silibus pelajaran, sistem pembelajaran itu sendiri dan juga pengwujudan kolej khas untuk mereka, menurut Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan.
KUALA LUMPUR: Sistem pembelajaran Tingkatan Enam wajar dikaji semula untuk ditambah baik sesuai dengan tahapnya sebagai pascasekolah.
Ini termasuk dari segi peraturan dikenakan kepada pelajar, silibus pelajaran, sistem pembelajaran itu sendiri dan juga pengwujudan kolej khas untuk mereka, menurut Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) Mohd Azizee Hasan.
Beliau berpendapat seeloknya Tingkatan enam diasingkan dengan sistem pendidikan aliran perdana dengan mendirikan lebih banyak kolej Tingkatan Enam di seluruh negara.
“Sistem pembelajaran mereka juga dicadangkan dilaksanakan selari dengan universiti seperti sistem semester, kaedah pengajaran dan pembelajaran,” katanya ketika dihubungi.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Program Temu Anwar Negeri Sembilan di Universiti Sains Islam Malaysia berkata Tingkatan Enam di negara ini tidak seharusnya terikat sangat dengan peraturan sekolah, sebaliknya diberi sedikit kelonggaran walaupun berada di kawasan persekolahan.
Anwar berkata suasana Tingkatan Enam perlu diubah kerana ia sebenarnya merupakan pascasekolah seperti Matrikulasi berikutan sesi persekolahan berakhir pada Tingkatan Lima.
Turut senada, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Fouzi Singon yang berpendapat kolej khas seperti ini dapat memusatkan semua pelajar Tingkatan Enam sekali gus memudahkan dari segi pengurusan, pembelajaran dan penempatan guru.
Ia juga menurutnya dapat menarik minat pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran mereka di Tingkatan Enam kerana tidak dikaitkan dengan suasana dan peraturan sekolah.
“Mengambil kolej Matrikulasi sebagai contoh, ramai pelajar berebut untuk masuk ke kolej itu kerana adanya kolej dan jenama. Jadi kalau Tingkatan Enam ada kolej sendiri ia dapat menarik minat dan juga jenama kepada pelajar lepasan SPM,” katanya.
Sementara itu, Presiden Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Seremban Muhammad Hakim Mohd Syafawi menyifatkan cadangan tersebut merupakan perkara positif selain mereka juga tidak perlu lagi dilayan dan diasuh seperti pelajar aliran perdana.
“Ada dalam kalangan pelajar Tingkatan Enam perlu mengikuti peraturan sekolah seperti mengehadkan penggunaan gajet dan peranti komunikasi dan ada yang tidak dibenarkan membawa telefon pintar ke kelas sama seperti pelajar menengah lain.
“Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana Tingkatan Enam itu sendiri sudah bebas daripada peraturan sekolah dan pembelajarannya lebih ke arah futuristik, jadi penggunaan teknologi dalam pembelajaran sangat diperlukan,” katanya.
Senada dengannya, pelajar Kolej Tingkatan Enam Forest Heights Muhammad Amal Khan Abdul Aziz, 19, berkata pelajar Tingkatan Enam merupakan pelajar prauniversiti dan setaraf dengan mahasiswa di pusat pengajian tinggi pada peringkat Diploma dan Matrikulasi, justeru mereka seharusnya bebas dengan peraturan sekolah.
“Secara tidak langsung, ini akan mempengaruhi minda anak-anak lepasan SPM, kebanyakan mereka tidak berminat untuk memasuki Tingkatan Enam kerana faktor itu, selepas lima tahun di peringkat menengah sudah pastinya mereka inginkan sesuatu yang baharu termasuk budaya, cara pemakaian dan sebagainya,” katanya.
Muhammad Amal Khan berkata perlu ada perubahan terhadap suasana Tingkatan Enam di negara ini sekali gus dapat mengubah persepsi masyarakat terutamanya anak-anak muda supaya lebih berminat untuk memasuki Tingkatan Enam yang pastinya mempunyai kos pengajian yang lebih murah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager