Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MENTERI AGAMA SANTUNI JEMAAH MALAYSIA PESERTA PROGRAM KHAS HAJI JEMPUTAN RAJA SALMAN

DALAM NEGARA

MENTERI AGAMA SANTUNI JEMAAH MALAYSIA PESERTA PROGRAM KHAS HAJI JEMPUTAN RAJA SALMAN

Dalam pertemuan itu, Mohd Na’im turut menyampaikan amanatnya kepada para peserta supaya sentiasa menjaga kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bersama peserta Program Khas Haji Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud di Makkah.

MAKKAH: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar hari ini meluangkan masa bertemu kira-kira 20 jemaah haji Malaysia yang merupakan peserta Program Khas Haji Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdul Aziz Al Saud.

Pertemuan kira-kira setengah jam itu diadakan di Novotel, lokasi penginapan peserta-peserta program berkenaan.

Dalam pertemuan itu, Mohd Na’im turut menyampaikan amanatnya kepada para peserta supaya sentiasa menjaga kesihatan sepanjang berada di Tanah Suci.

“Sentiasalah buat ulangkaji tentang ibadah-ibadah yang akan kita semua lalui menjelang kemuncak haji itu nanti,” jelas Mohd Na’im dalam sesi pertemuan itu.

Beliau turut menyeru jemaah supaya sentiasa meletakkan nilai ikhlas dalam beribadah kepada Allah dan memberi tumpuan penuh kepada tuntutan-tuntutan ibadah dalam menunaikan Haji.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Namanzee Harris yang turut serta dalam pertemuan itu berkata, amanat Mohd Na’im penting untuk dijadikan panduan, lebih-lebih lagi untuk mereka yang baru kali pertama menunaikan Haji.

“Amanah dan nasihat Mohd Na’im sangat tertumpu kepada meletakkan nilai yang tinggi dalam setiap ibadah yang akan dilalui nanti. Kami teruja dengan kehadirannya untuk bertemu kumpulan kami,” jelas Namanzee.

Jemaah Malaysia dijadual bergerak secara berperingkat ke Arafah pada Isnin, 26 Jun 2023 manakala hari Wukuf dan Aidiladha di Arab Saudi, masing-masing jatuh pada 27 dan 28 Jun 2023.–AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading