Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 16

DALAM NEGARA

KANAK-KANAK 4 TAHUN MAUT JATUH DARI TINGKAT 16

Semasa kejadian bapa kanak-kanak itu yang merupakan seorang penolong akauntan telah keluar menghantar kakak kanak-kanak itu ke sekolah berdekatan, manakala ibu kanak-kanak itu, seorang guru tadika, telah keluar bekerja.

PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berumur empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari bilik tidur utama di tingkat 16 sebuah perumahan di Presint 9, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP A.Asmadi Abd Aziz berkata polis menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.

Beliau berkata semasa kejadian bapa kanak-kanak itu yang merupakan seorang penolong akauntan telah keluar menghantar kakak kanak-kanak itu ke sekolah berdekatan, manakala ibu kanak-kanak itu, seorang guru tadika, telah keluar bekerja.

“Kanak-kanak itu merupakan anak bongsu daripada dua adik beradik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jenazah kanak-kanak itu kini berada di Unit Forensik Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading